Tuesday, March 21, 2023
21.6 C
Brunei

-

TotalEnergies catat keuntungan bersih AS$20.5b

PARIS, 8 FEB – Syarikat berpangkalan di Perancis, TotalEnergies hari ini berkata harga minyak dan gas yang melambung telah melonjakkan keuntungan bersih syarikat itu kepada rekod AS$20.5 bilion pada 2022 dan mengumumkan pembayaran dividen lebih tinggi kepada pemegang saham.

Keuntungan 28 peratus mungkin lebih tinggi kepada hampir AS$15 bilion selepas ia meninggalkan pasaran Rusia, dengan keuntungan diselaraskan tidak termasuk barangan perniagaan meningkat kepada AS$36.2 bilion.

Namun begitu, peningkatan harga minyak dan gas diikuti dengan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine dan sekatan Barat merupakan pemacu utama bagi TotalEnergies.

Keuntungan besar telah mencetuskan debat mengenai pendapatan durian runtuh untuk membantu membiayai langkah melindungi pengguna daripada inflasi yang berleluasa, termasuk harga tenaga yang melambung tinggi.

Kedudukan kukuh TotalEnergies dalam pasaran gas cecair asli juga membantu ketika negara-negara Eropah meminta bekalan selepas Rusia memutuskan bekalannya.

TotalEnergies melaporkan peningkatan 22 peratus dalam penjualan gas cecair asli dalam tempoh tiga bulan terakhir tahun lalu berbanding tempoh yang sama pada 2021.

Ia membantu memacu keuntungan 11 peratus dalam keuntungan keseluruhan bagi suku tahun kepada AS$7.6 bilion, meskipun caj berkaitan Rusia dikurangkan kepada AS$3.3 bilion asas bersih.- AP

Gambar yang diambil pada 10 Oktober 2022 menunjukkan logo TotalEnergies pada kawasan penapisan Total Energy di Perancis. – AFP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Paras oksigen kurang punca jutaan ikan mati

CANBERRA, AUSTRALIA, 19 MAC – Berjuta-juta ikan telah mati dihanyutkan di tenggara Australia dalam kematian yang menurut pihak berkuasa dan saintis berpunca daripada paras...
- Advertisment -