Thursday, April 18, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    TOTALEnergies tarik diri, PTTEP Thai ambil alih projek di Myanmar

    BANGKOK, 15 MAC – Firma minyak dan gas Thailand, PTT Exploration dan Production Public Company Limited (PTTEP) mengumumkan bakal mengambil alih operasi medan gas Yadana di Myanmar mulai Julai, berikutan penyingkiran syarikat minyak utama, Chevron dan TotalEnergies pada Januari.

    Dalam satu kenyataan, PTTEP, sebuah unit firma tenaga milik kerajaan Thailand, PTT Pcl, memaklumkan PTTEP telah mempertimbangkan dengan teliti kesinambungan pengeluaran gas dan mencegah gangguan kepada permintaan tenaga berikutan pengumuman TotalEnergies untuk menarik diri sebagai pengendali serta rakan kongsi usaha sama dalam projek Yadana.  Projek Yadana merupakan sumber utama bekalan gas asli dan tenaga untuk penduduk di Myanmar dan Thailand.

    “Memandangkan situasi semasa di Myanmar dan jangka masa tertentu untuk pertukaran pengendali, PTTEP sebagai syarikat berkebolehan dengan operasi Yadana akan membantu dalam memastikan kesinambungan bekalan gas asli dan lebih penting, operasi yang selamat,” menurut kenyataan itu.

    Chevron dan TotalEnergies berundur dari Myanmar pada Januari berikutan keadaan kemanusiaan yang semakin teruk selepas rampasan kuasa tentera pada 1 Feb 2021.

    PTTEP menyatakan pemindahan pengendali itu dijangka selesai pada 20 Julai. PTTEP akan memegang 37.1 peratus kepentingan, Perusahaan Minyak dan Gas Myanmar yang dikendalikan kerajaan dengan 21.8 peratus manakala anak syarikat Chevron, Unocal Myanmar Offshore Company Limited memegang 41.1 peratus, penyertaan terbesar dalam projek itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...