Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    TotalEnergies temui rizab minyak, gas baharu

    PARIS, 21 FEB – Syarikat Perancis, TotalEnergies hari ini telah mengumumkan penemuan rizab minyak dan gas yang ketara di luar pantai Suriname dan berkata ia akan memulakan penerokaan tidak lama lagi.

    Syarikat itu mempunyai beberapa lesen penerokaan di negara Amerika Selatan dan membuat pengumuman bersama firma AS APA.

    “TotalEnergies dan APA Corporation telah membuat penemuan penting minyak dan gas yang berkaitan di telaga Krabdagu-1, di kawasan tengah Blok 58, luar pesisir Suriname,” menurut daripada kenyataan akhbar.

    “Ini berikutan penemuan terdahulu di Maka, Sapakara, Kwaskwasi dan Keskesi, dan penilaian Sapakara South-1 yang berjaya diuji,” tambahnya. Beberapa penemuan “penting” telah dilaporkan di Blok 58 sejak 2020.

    TotalEnergies berkata ia akan “meneruskan strategi penerokaan dan penilaian terhadap Blok 58 yang prolifik ini untuk mengenal pasti sumber yang mencukupi menjelang akhir tahun 2022 untuk pembangunan minyak pertama”.

    Agensi Tenaga Antarabangsa, yang menasihati negara-negara perindustrian mengenai dasar tenaga, tahun lepas menasihatkan supaya semua projek bahan api fosil baharu dimansuhkan dalam pelan hala tujunya untuk membantu mencapai keneutralan karbon global menjelang 2050. – AFP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...