Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Tottenham belasah Newcastle, daki tangga liga

    LONDON, 4 APRIL – Tottenham menunjukkan kekuatan menandingi saingan utara London, Arsenal ke dalam empat teratas Liga Perdana Inggeris – mungkin untuk sehari sahaja, dengan membelasah Newcastle 5-1 kelmarin.

    Ben Davies, Matt Doherty, Son Heung-min, Emerson Royal dan pemain gantian, Steven Bergwijn menjaringkan gol di Stadium Tottenham Hotspur untuk Spurs, yang telah menjaringkan lebih banyak gol (30) berbanding pasukan lain dalam liga pada 2022.

    Newcastle mendahului menerusi sepakan percuma Fabian Schar pada minit ke-39 tetapi tidak dapat menangani serangan bertubi-tubi Tottenham. Mereka datang dari semua sudut, dengan bek sayap, Doherty dan Royal malah muncul untuk menjaringkan gol.

    Tottenham naik ke tangga keempat dengan perbezaan gol di hadapan Arsenal, yang mempunyai dua perlawanan dalam tangan, perlawanan pertama di Crystal Palace hari ini. Tottenham dan Arsenal ketinggalan lima mata di belakang Chelsea yang menduduki tempat ketiga.

    Newcastle telah tewas tiga perlawanan berturut-turut dalam liga, sebelum ini telah mengharungi lapan perlawanan tanpa kalah dan masih tidak selamat daripada penyingkiran di tempat ke-15 iaitu sembilan mata dari kedudukan tiga terbawah.

    Tottenham bertindak balas dengan baik apabila mereka ketinggalan, menyamakan kedudukan dalam masa empat minit apabila Son membuat hantaran silang untuk Davies menoleh ke dalam membuat tandukan dan menjadi yang pertama daripada tiga pertahanan tuan rumah yang menjaringkan gol.

    Doherty menanduk masuk hantaran lintang daripada Harry Kane untuk menjadikan kedudukan 2-1 pada minit ke-48 dan enam minit kemudian, Son mengawal bola ke tengah daripada Dejan Kulusevski dan menyudahkannya daripada sepakan sudut.

    Royal menjaringkan gol pertamanya untuk Tottenham dengan mencuit hantaran lintang Doherty pada minit ke-63 dan Bergwijn berlari memboloskan bahagian tengah pertahanan Newcastle untuk menjaringkan gol kelima pada minit ke-83. – AP

    Reaksi Steven Bergwijn meraikannya bersama Son Heung-min, selepas menjaringkan gol kelima pasukannya semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana antara Tottenham Hotspur dan Newcastle di stadium Tottenham Hotspur, di London, England. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...