Tottenham Kecundang di tangan Leipzig

LONDON, 20 FEB – Tottenham perlu bangkit di perlawanan timbal balik Liga Juara-Juara untuk mara ke suku akhir kejohanan selepas sepakan penalti Timo Werner berjaya memberikan kemenangan ke atas Leipzig 1-0 pada pusingan pertama di London, Rabu lalu.

Ketua pasukan Spurs, Hugo Lloris memberikan aksi yang cemerlang dengan berjaya melakukan aksi menyelamat penting, akan tetapi, finalis musim lepas tersebut akan berdepan dengan tugas yang sukar di Jerman pada 10 Mac nanti.

Spurs yang bermain tanpa tunggak penyerang utama mereka, Harry Kane dan Son Heung-min, yang tercedera, hanya mampu melihat hasil sepakan percuma Giovani Lo Celso yang terkena tiang, yang mana satu-satunya peluang pasukan kendalian Jose Mourinho mencipta gol pada perlawanan tersebut.

Tottenham berjaya mengejutkan Manchester City dan Ajax untuk mara ke peringkat akhir musim lepas, kelihatan kurang berbisa dan tenaga berbanding dengan lawan mereka dari Bundesliga itu.

RB Leipzig merupakan pencabar terdekat Bayern Munich di Bundesliga musim ini dan mereka nampak berhati-hati pada penampilan pertama mereka di Liga Juara-Juara.

Sementara itu, Spurs kurang bernasib baik semalam selepas berjaya menewaskan Manchester City, Norwich, Southampton dan Aston Villa pada minggu-minggu sebelumnya walaupun banyak mencipta peluang gol.

Perlawanan timbal balik antara kedua-dua buah pasukan akan diadakan pada 11 Mac di Red Bull Arena Leipzig, Jerman. – AFP

Aksi pemain Spurs, Serge Aurier, merebut bola daripada penyerang RB Leipzig, Timo Werner pada perlawanan Liga Juara-Juara, Rabu lalu. – AP