Tottenham kembali menang

LONDON, 23 JAN – Son Heun Min menamatkan kemarau tanpa kemenangan Tottenham setelah kalah sebanyak empat kali berturut-turut di perlawanan Liga Perdana Inggeris kelmarin apabila berjaya menewaskan Norwich dengan jaringan 2-1.

Pemain bintang Korea Selatan itu berjaya menjaringkan gol apabila menanduk bola menerusi hantaran Dele Alli di minit ke-79 perlawanan dan jaringan gol pertamanya dari tujuh perlawanan.

Tottenham beraksi mendahului perlawanan melalui jaringan Alli di minit ke-38 babak pertama perlawanan dan merupakan jaringan pertama bagi Tottenham sejak jaringan mereka pada perlawanan 26 Disember lalu di liga.

Walau bagaimanapun pasukan tercorot di liga Norwich berjaya menemui jaringan penyamaan pada minit ke-70 babak kedua perlawanan menerusi Teemu Pukki apabila Norwich dihadiahkan sepakan penalti dari kekerasan Ryan Sessegnon menjatuhkan Max Aarons dan VAR memberi keputusan mengambil masa selama dua minit untuk memastikannya.

Penjaga gawang Tottenham Hugo Lloris membuat penampilan pertamanya selepas dari kecederaan siku pada Oktober lalu hampir berjaya menyelamatkan percubaan itu tetapi sedikit tersasar dari tangannya.

Tottenham dibelenggu kesukaran untuk menjaringkan gol sejak beraksi tanpa pemain penyerang Harry Kane yang cedera pada 28 Disember lalu. Tottenham hanya enam mata di belakang kedudukan tempat keempat Chelsea. – AP

Reaksi Son Heung Min meraikan jaringannya ketika menentang Norwich semalam di Stadium Tottenham Hotspur, England. – AP