LONDON, 19 APRIL – Jose Mourinho dipecat oleh Tottenham hanya enam hari sebelum mereka beraksi menentang Manchester City di final Piala Liga, kelab itu mengumumkan hari ini.
Mourinho yang berusia 58 tahun dipecat setelah hanya 17 bulan menjadi pengurus Tottenham, walaupun dia dapat memimpin kelab itu meraih trofi pertama mereka sejak 2008.
Tottenham telah berjuang dalam usaha mereka untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan melalui kedudukan empat teratas di Liga Perdana Inggeris (EPL).
Spurs kini berada di tempat ketujuh dan mengalami kejutan dalam penyingkiran Liga Europa di perlawanan peringkat 16 akhir menentang Dinamo Zagreb.
“Kelab hari ini mengumumkan bahawa Jose Mourinho dan staf jurulatihnya telah dipecat dari tugas mereka,” kata pernyataan Tottenham.
Berita itu muncul kurang 24 jam sejak Tottenham mengum-umkan bahawa mereka adalah salah satu daripada 12 kelab yang merancang untuk melancarkan Liga Super Eropah. – AFP