Monday, December 5, 2022
23.3 C
Brunei

-

Totti sah bersara, umum ‘pengembaraan baru’

ROM, 18 Julai – Francesco Totti (gambar) telah mengesahkan persaraannya semalam, dengan legenda Roma itu mengumumkan ‘pengembaraan baru’ dalam kerjayanya apabila dia menerima peranan sebagai pengarah di kelab Serie A itu.

Legenda berusia 40 tahun itu telah bermain dalam perlawanan terakhirnya bersama Roma pada bulan Mei selepas 24 tahun bersama kelab itu, dan telah membuat keputusan untuk bersama meskipun dikaitkan dengan perpindahan ke Asia dan Amerika Syarikat.

“Bahagian pertama dalam hidup saya sebagai pemain bola sepak sudah berakhir dan kini satu lagi bahagian penting dijangka bermula,” kenyataan Totti di laman Facebooknya.

“Hingga 28 Mei, saya hanya memikirkan bola sepak, berseronok dan memberikan sumbangan signifikan kepada pasukan. Kini saya memulakan pengembaraan baru.”

Totti telah bermain 786 perlawanan bersama Roma secara keseluruhan selepas menyertainya sebagai pelajar sekolah pada tahun 1989, menjaringkan rekod kelab 307 gol, dan memenangi Piala Dunia 2006 bersama Itali.

Bekas pemain tengah itu akan bekerjasama dengan pengarah sukan baru Roma, Monchi, yang telah dilaporkan menolak untuk memberikannya kontrak baru, dan jurulatih yang baru dilantik, Eusebio di Francesco.

“Saya mempunyai lebih 25 tahun sejarah bersama Roma,” tambah Totti.

“Padang permainan telah banyak memberikan saya dan saya cuba memberikan sebanyak mungkin kepada semua orang, yang hari demi hari menunjukkan kasih sayang kepada saya. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China longgarkan lagi peraturan COVID

BEIJING, 2 DIS – Bandar di seluruh China membatalkan arahan sekatan COVID hari ini dengan melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin susulan protes di seluruh...
- Advertisment -