Tour de France 2021 bermula di Brest

PARIS, 11 OGOS – Tour de France 2021 akan bermula di bahagian barat pelabuhan Perancis, Brest, menurut kenyataan dikeluarkan oleh penganjur kelmarin, seminggu selepas Copenhagen menarik diri dari mengadakan perlumbaan.

Brittany akan menganjurkan empat perlumbaan penuh dan menuju jelajah 2021, presiden rantaum Loig Chesnais-Girard mengumumkan.

“Kami telah berbincang dengan pihak berkuasa setempat mengenai perkara ini sejak 2018,” ketua Tour de France, Christian Prudhomme memberitahu AFP.

“Kami pada mulanya memikirkan mengenai 2022, tetapi pandemik telah mengubah segala-galanya.” – AFP