Tour: Kwiatkowski terus menjadi penyelamat Froome

ROMANS-SUR-ISERE, Perancis, 19 Julai – Pendahulu Tour de France, Chris Froome (gambar) sekali lagi terhutang budi kepada rakan sepasukannya dari Sky, Michal Kwiatkowski semalam selepas mengekalkan cengkaman ke atas jersi kuning.

Juara dunia 2014 itu membawa Froome melalui kesukaran angin sakal dalam 20km terakhir dalam peringkat ke-16 perlumbaan sejauh 165km bagi memastikan penunggang dari Britain itu tidak kehilangan masa kepada pesaingnya.

Dan ia bukanlah kali pertama Kwiatkowksi, 27, membuat sumbangan terhadap Froome yang mempertahankan gelaran.

Dia menggalas bebanan pada pendakian, sementara pada Ahad tumpuannya dan pemikiran pantasnnya menyelamatkan Jelajah Froome, apabila juara itu terpaksa berhenti di tepi jalan raya dengan perlumbaan terjejas kerana mengalami patah roda.

Kwiatkowski turun dari basikalnya dan menukar roda Froome dari basikal miliknya sendiri, yang menyaksikan juara tiga kali itu mengehadkan kehilangan masanya, dan 20km kemudian mengejar pesaing selebihnya.

“Ia bukanlah kali pertama saya menyatakan perkara ini tetapi Kwiato melakukan tugasan yang luar biasa bagi saya dalam Tour de France,” kata Froome, 32.

Froome sebenarnya meraih masa ke atas 10 pesaing teratas, Dan Martin, Louis Meintjes dan Alberto Contador, ketika angin sakal mencetuskan huru-hara dalam peloton, menghasilkan halangan sepanjang jalan.

“Dia (Kwiatkowski) begitu instrumental hari ini, dan kemahiran mekaniknya adalah yang terbaik,” jelas Froome mengenai keupayaan Kwiatkowski menukar roda.

“Jika anda mencari penunggang menyeluruh, ia adalah Kwitakowski.” – AFP