COL D’IZOARD, Perancis, 21 Julai – Warren Barguil dari Perancis memenangi peringkat yang keduanya di Tour de France di Col d’Izoard semalam ketika pesaing Romain Bardet mendapatkan kembali empat saat dari pendahulu keseluruhan, Chris Froome.
Bardet menamatkan tangga ketiga dalam perlumbaan itu untuk mendapatkan bonus beberapa saat yang membolehkannya mengatasi Rigoberto Uran di tempat kedua pada keseluruhan dan merapatkan jurang ke atas Froome dengan 23 saat.
Darwin Atapuma dari Colombia menamatkan tangga kedua, 20saat di belakang Barguil dengan Bardet memenangi pecutan bagi tempat ketiga ke atas Froome dan Uran.
Tetapi dengan satu-satunya uji masa yang berbaki esok pasti menghasilkan perbezaan yang signifikan dalam kedudukan itu, juara Froome dilihat bersedia untuk memenangi gelaran Tour de France keempat.
“Saya merasa gembira untuk melepasi Alps tanpa menghadapi sebarang masalah pada tahun ini,” kata Froome, 32.

Ia adalah persaingan menarik di atas kategori pendakian terakhir di hujung perlumbaan sejauh 179.5km Alpine peringkat ke-18 dari Braincon menuju Col d’Izoard.
Atapuma adalah sebahagian dari 54 penunggang asal yang membuat pecutan dari kumpulan dalam dua pendakian besar bagi perlumbaan itu.
Dia mengekori Alexey Lutsenko dari Kazakh dalam setengah pendakian Izoard sementara peloton yang diketuai Bardet bagi pasukan AG2R, pada satu kedudukan ketinggalan lapan minit di belakang, mula untuk menghampiri.
Barguil membuat pergerakan dengan perlumbaan berbaki 6km tetapi masih mempunyai dua minit untuk berada di Atapuma, mengejarnya dengan perlumbaan berbaki 1.4km dan meninggalkannya pada satu kilometer terakhir untuk memenangi peringkat pertamanya di Izoard.
“Saya berada dalam impian saya ketika ini, ia sangat menarik,” kata Barguil, yang juga memenangi peringkat ke-13 pada Bastille Day, hari percutian Perancis. – AFP