Toy Story 4 raih keuntungan AS$118 juta

Oleh Zulkamal Haji Kamis

Filem terbitan Disney, Toy Story 4 nampaknya berjaya mendominasi carta pecah panggung pada minggu ini dan adakah filem ini akan terus berjaya mempertahankan mahkotanya?

Filem keempat dalam siri animasi tersebut telah berjaya meraih keuntungan sebanyak AS$118 juta pada minggu ini selepas ia ditayangkan di 4,575 buah pawagam di seluruh Amerika Utara. Walaupun kutipan tersebut berjaya mencapai satu tahap yang memberangsangkan, namun pihak penerbit menganggarkan kutipan sebanyak AS$140 juta, satu kekecewaan bagi pembuat filem yang diiktiraf secara kritikal.

Walaupun terdapat ulasan yang positif daripada orang ramai, prognostikat pecah panggung menyatakan bahawa Toy Story 4 belum lagi memuaskan kerana kebanyakan penonton inginkan kronologi seterusnya selepas Toy Story 3.

Namun kutipan pecah panggung bagi tayangan minggu pertama filem ini boleh dianggap memberangsangkan dan berkemungkinan filem ini akan terus kekal di persada carta selagi ia masih diperkatakan oleh kebanyakan penonton atau penggemar siri animasi tersebut.

Di luar negara, filem Toy Story 4 berjaya mengumpul sekitar AS$238 juta setelah ditayangkan di beberapa buah negara di seluruh dunia.

Filem Toy Story 4 berada di kedudukan yang keempat untuk filem animasi yang berjaya menerima sambutan hebat di belakang Incredibles 2, Finding Dory dan Shrek The Third.
Child’s Play memaparkan corak permulaan yang mantap khususnya bagi sebuah filem seram yang dianggap sederhana.
Filem berkonsepkan muzikal aksi ini telah berjaya memperoleh kutipan sekitar AS$12 juta pada minggu ini selepas lima minggu ditayangkan.
Filem keempat MIB itu dibintangi oleh Chris Hemsworth dan Tessa Thompson serta secara keseluruhannya berjaya memperoleh AS$52 juta setakat ini.

Eksekutif di Magic Kingdom berasa optimis terhadap tayangan perdana filem tersebut terutama dalam kutipan minggu pertama Toy Story 4.

“Melihat keempat-empat siri filem Toy Story ini untuk jangka waktu 25 tahun yang akan datang, Pixar perlu melakukan konsistensi yang luar biasa terhadap filem ini,” kata Cathleen Taff, Presiden Pengedaran Global Disney. “Ia akan menunjukkan komitmen yang tinggi untuk mencapai ke arah kecemerlangan,” tambahnya.

Filem Toy Story 4 berada di kedudukan yang keempat untuk filem animasi yang berjaya menerima sambutan hebat di belakang Incredibles 2, Finding Dory dan Shrek The Third.

Filem ini juga merupakan filem ketiga tahun ini yang berjaya mencapai kutipan sehingga AS$100 juta pada minggu pertama tayangannya di mana sebelum ini Captain Marvel dan Avengers: Endgame turut berjaya meraih AS$100 juta ke atas semasa minggu pertama ia ditayangkan malah kedua-duanya juga diterbitkan oleh Disney.

Diarahkan oleh Josh Cooley, Toy Story 4 menemukan semula Woody, Buzz Lightyear dan Bo Peep dengan sekumpulan pahlawan plastik.

Ahli terbaharu dalam kumpulan tersebut seperti Forky, yang membantu mengajar kumpulan yang tentang apa yang dimaksudkan sebagai permainan. Skrip filem tersebut ditulis oleh Rashida Jones, Will McCormack, Valeria LaPointe, Martin Hynes dan ketua Pixar, John Lasseter.

Kedudukan filem yang lain

Manakala di tempat yang kedua pula dalam carta pecah panggung pada minggu ini ialah Child’s Play, di mana filem ini berjaya meraih sekitar AS$14 juta dan telah disiarkan di 3,007 buah pawagam di seluruh Amerika Utara.

Child’s Play memaparkan corak permulaan yang mantap khususnya bagi sebuah filem seram yang dianggap sederhana dan terkenal sekitar tahun 1988 iaitu memaparkan tentang anak patung Chucky yang jahat. Filem ini dibintangi oleh Aubrey Plaza dan Mark Hamill berperanan sebagai suara anak patung jahat itu.

Beberapa buah filem baharu mendapat nasib yang kurang memberangsangkan seperti filem terbitan Lionsgate, Anna yang berjaya memperoleh sekitar AS$3.5 juta selepas ditayangkan di 2,114 buah pawagam.

Pengkritik meramalkan sekitar 61 peratus adalah terdiri daripada penonton lelaki dan 88 peratus adalah terdiri daripada mereka yang berumur 25 tahun ke atas. Anna dibintangi oleh beberapa artis terkenal seperti Sasha Luss, Luke Evans dan Helen Mirren. Pengarah, Luc Besson berdepan dengan tuduhan seksual semasa pengeluaran filem tersebut.

Tidak jauh di belakang filem Child’s Play di carta pecah panggung ialah filem Disney yang lain, Aladdin. Filem berkonsepkan muzikal aksi ini telah berjaya memperoleh kutipan sekitar AS$12 juta pada minggu ini selepas lima minggu ditayangkan.

Di peringkat antarabangsa pula, filem ini telah berjaya memperoleh sebanyak AS$800 juta secara keseluruhannya.

Seterusnya, di kedudukan yang keempat, Men in Black: International berjaya memperoleh AS$10 juta pada minggu ini sekali gus menandakan penurunan sebanyak 65 peratus daripada kutipan di awal tayangan. Filem keempat MIB itu dibintangi oleh Chris Hemsworth dan Tessa Thompson serta secara keseluruhannya berjaya memperoleh AS$52 juta setakat ini.

Manakala di kedudukan yang kelima pula, The Secret Life of Pets 2 berjaya memperoleh AS$10 juta pada minggu ini. Filem animasi ini turut berjaya meraih sekitar AS$117 juta secara keseluruhan selepas tayangan perdananya tiga minggu yang lalu.

Selain itu, filem terbaharu Wild Rose terpaksa akur kerana tidak berjaya menembusi kedudukan carta ke-10 teratas pecah panggung dan hanya berjaya memperoleh AS$56,183 ribu setelah ditayangkan di empat buah pawagam.

Diarahkan oleh Tom Harper, filem mengisahkan mengenai Jessie Buckley ini semakin meningkat dan menerima pujian kritikal semasa Pesta Filem Toronto pada tahun 2018.

Secara keseluruhannya, jualan tiket carta pecah panggung pada minggu ini adalah baik berbanding sebelumnya.

Beberapa buah filem yang menggunakan bajet yang besar seperti Dark Phoenix, Men in Black: International dan Godzilla: King of The Monsters, membawa kembali resit yang mengecewakan. Kutipan pecah panggung menurun sebanyak enam peratus di bawah rekod 2018, menurut Comscore.