Toyota Brunei tawar hadiah digital menarik

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 MEI – Bagi memeriahkan bulan Ramadan dan menjelang Hari Raya, Toyota Brunei di bawah syarikat induknya NBT (Brunei) Sdn Bhd hari ini telah mengadakan promosi dalam Kempen ‘Maritah Menang’ yang menawarkan hadiah-hadiah menarik bagi para pelanggan yang membeli mana-mana model Toyota.

Promosi itu membolehkan para pelanggan mengalami pengalaman digital di hujung jari sekali seumur hidup dengan berpeluang memenangi hadiah-hadiah istimewa yang bernilai $40,000.

Menerusi laman web NBT Brunei, hadiah digital boleh dimiliki dengan hanya dua langkah sahaja iaitu beli mana-mana model Toyota di agensi kereta Toyota Brunei sahaja dan kemudian menangi hadiah anda menerusi Digital Click and Win.

Kempen tersebut adalah salah satu cara Toyota Brunei mengucapkan terima kasih kepada pelanggan melalui beberapa aktiviti menarik atas sokongan berterusan mereka selama ini, terutama sekali di bulan yang baik dan penuh berkah ini.

Untuk menyertai promosi ini, orang ramai boleh melayari laman sesawang Toyota dan media sosial lain atau mengunjungi mana-mana cawangan NBT Brunei untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

Toyota Brunei menawarkan hadiah menarik untuk setiap pembelian mana-mana model Toyota dalam kempen ‘Maritah Menang’. – Gambar oleh Muiz Matdani