Sunday, March 16, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Toyota labur AS$600 juta, wujud 400 pekerjaan

    TOKYO, 25 Jan – Toyota berkata ia akan melabur AS$600 juta dan mewujudkan 400 pekerjaan di salah sebuah kilangnya di Amerika Syarikat (AS) beberapa minggu selepas Donald Trump mengkritik syarikat gergasi kereta Jepun kerana merancang membuka sebuah kilang di Mexico.

    Presiden AS telah memberi tekanan kepada pengeluar kereta, syarikat Amerika dan asing, supaya menambah pengeluaran dan pengambilan pekerja di Amerika Syarikat, mengugut mereka dengan tarif tinggi jika mereka memindah kilang dan pekerjaan ke luar negara.

    “Projek perkembangan ini adalah sebahagian daripada strategi penempatan Toyota untuk membina kenderaan di mana mereka dijual,” kata pengeluar kereta, yang dipilih oleh Trump dalam teguran di Twitter, dalam kenyataan semalam.

    Pelaburan bertujuan merangsang pengeluaran SUV di sebuah kilang di Indiana, tempat asal Naib Presiden Mike Pence.

    Toyota kini mempunyai 5,000 pekerja di kilang di bandar kecil Princeton, sebahagian daripada 40,000 orang yang digajinya di AS, beritahu jurucakap Toyota kepada AFP.

    Gambar fail pada 8 Februari 2012 menunjukkan seorang pekerja ketika memasang kerusi dalam sebuah kenderaan Toyota Highlander di Toyota Motor Manufacturing Indiana, Inc., sebuah kilang di Princeton. Toyota berkata ia akan melabur AS$600 juta dan mewujudkan 400 pekerjaan di salah sebuah kilangnya di AS. – AP
    Gambar fail pada 8 Februari 2012 menunjukkan seorang pekerja ketika memasang kerusi dalam sebuah kenderaan Toyota Highlander di Toyota Motor Manufacturing Indiana, Inc., sebuah kilang di Princeton. Toyota berkata ia akan melabur AS$600 juta dan mewujudkan 400 pekerjaan di salah sebuah kilangnya di AS. – AP

    Toyota berkata pelaburan yang dirancang di AS sebanyak AS$10 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang “menunjukkan komitmen Toyota terhadap pelaburan AS yang berterusan.”

    Projek untuk memodenkan kilang dan menambah daya saingnya dijangka bermula pada 2019, kata Toyota.

    Pada awal bulan ini, sementara masih menjadi presiden dipilih, Trump mengugut Toyota dengan tarif mengenai pembinaan kilang kenderaan baru di Mexico.

    “Tidak Boleh! Bina kilang di AS atau bayar cukai sempadan,” tulis beliau dalam twitter.

    Toyota berkata ia akan membina sebuah kilang baru di Mexico, yang dijangka memulakan pengeluaran pada 2019. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda