Toyota melabur AS$1B dalam Grab

TOKYO, 13 Jun – Toyota hari ini berkata ia melabur AS$1 bilion dalam syarikat perkongsian kenderaan Asia, Grab, ketika pengeluar automobil Jepun itu berhasrat berkembang melewati teras perniagaannya ke dalam sektor ‘mobiliti’.

Grab, yang beribu pejabat di Singapura, adalah pihak berperanan penting dalam industri perkongsian kenderaan di Asia dan awal tahun ini bersetuju untuk memperolehi operasi serantau Uber yang terbesar di Amerika Syarikat (AS).

Dalam satu kenyataan, Toyota berkata perjanjian itu ‘bertujuan mencapai kesalinghubungan bagi armada kereta sewa Grab di seluruh Asia Tenggara dan mengeluarkan pelbagai perkhidmatan berkait di seluruh rantau itu yang menggunakan data kenderaan yang disimpan oleh Toyota.

Toyota akan meletakkan salah seorang eksekutifnya pada lembaga Grab dan anggota kedua pasukan Toyota akan menjadi pegawai eksekutif di syarikat itu, yang digelar oleh Toyota ‘rakan pilihan bagi perkongsian kenderaan di rantau itu’.

Pelaburan dibuat ketika Toyota berusaha untuk menyesuaikan apa yang disifatkan oleh presiden syarikat itu Akio Toyoda ‘perubahan besar’ dalam industri.

Kelihatan wanita berdiri di luar Pejabat pengangkutan Grab di Singapura kelmarin. Toyota kelmarin telah melabur AS$1 bilion dalam syarikat Grab Asia di mana pengeluar automobil Jepun itu mahu melebarkan sayapnya ke dalam sektor mobiliti. – AFP

Bulan lalu, Toyoda berjanji akan mengubah syarikat gergasi automobil itu untuk menyahut ‘cabaran sekali dalam satu abad.’

“Saya telah membuat keputusan untuk mengubah Toyota dari pengeluar kereta kepada syarikat mobiliti,” ujarnya, tanpa memberikan lebih banyak butiran tentang apakah yang akan diperlukan seterusnya dalam menyediakan ‘pelbagai perkhidmatan yang melibatkan orang ramai di seluruh dunia.

Grab beroperasi di seluruh Asia dan bersetuju akan memperolehi perniagaan Uber di Asia Tenggara awal tahun ini.

Perjanjian itu bagaimanapun telah berdepan masalah, dengan Singapura mengatakan pada April lalu bahawa ia akan mengenakan pengetatan ke atas pemerolehan itu sehingga ia menyelesaikan penyiasatan ke atas sama ada penjualan mungkin melanggar peraturan persaingan.

Di bawah perjanjian itu, Uber akan menerima 28.5 peratus saham dalam Grab. – AFP