Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Toyota perkenal kereta lumba Corolla dikuasakan hidrogen

    OYAMA, 1 JUN — Di litar yang luas berhampiran Gunung Fuji, sebuah Corolla yang menggunakan cecair hidrogen telah membuat penampilan pertama perlumbaan, sebagai sebahagian daripada langkah untuk memperkenalkan teknologi futuristik ini ke dalam dunia perlumbaan dan untuk menunjukkan keazaman Toyota membangunkan kenderaan mesra alam.

    Pengerusi Toyota, Akio Toyoda, yang bergaya dengan pakaian seragam perlumbaan kalis api, tersenyum lebar ketika beliau bersedia untuk meluncur di litar dengan Corolla yang dikuasakan oleh hidrogen.

    “Ini adalah yang pertama di dunia untuk kereta cecair hidrogen berlumba. Kami berharap ia akan menawarkan satu lagi pilihan dalam usaha mengurangkan pemanasan global. Untuk memberikan senyuman kepada semua orang, saya ingin melalui satu pusingan, walaupun terlebih satu saat,” kata Toyoda, bekas CEO Toyota, cucu kepada pengasas pembuat kereta tersebut dan seorang pemandu kereta lumba berlesen.

    Kereta lumba hidrogen Corolla ini tidak akan muncul untuk jualan dalam masa terdekat. Perlumbaan Super Taikyu 24 jam di Fuji Speedway hanyalah ujian untuk teknologi itu, kata pegawai Toyota.

    Tidak seperti kenderaan elektrik, ia mempunyai enjin pembakaran, tetapi ia menggunakan cecair hidrogen sebagai bahan api, bukannya petrol. – AP

    Gambar bertarikh 28 Mei yang dikeluarkan oleh Toyota Motor Corp ini menunjukkan kereta lumba Toyota Corolla yang dikuasakan oleh cecair hidrogen semasa perlumbaan 24 jam di Litar Lumba Antarabangsa Fuji di bandar Oyama, kira-kira 100 kilometer barat daya Tokyo. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...