Sunday, April 21, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Toyota Raize milik Dayang Amal Muizzah

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JAN- Malam ini merupakan malam bertuah buat Dayang Amal Muizzah binti Misli apabila diumumkan sebagai pemenang hadiah utama, sebuah kereta Toyota Raize tajaan NBT Brunei pada cabutan bertuah hari terakhir Pesta Pengguna ke-28 (CF28) yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas.

    Hadiah disampaikan oleh Pengarah Urusan NBT Brunei Sdn Bhd, Anderson Lim; Penolong Pengurus Jualan NBT, Dayang Wallina dan Pengurus Operasi D’Sunlit Sdn Bhd, Ngu Ting Siang.

    Dayang Amal Muizzah semasa ditemu bual, tidak menyangka akan menang dan melahirkan rasa syukur serta berterima kasih kepada NBT Brunei atas hadiah yang dimenangi.

    Manakala hadiah kedua telah dimenangi oleh Dayang Noriesya binti Ruzi yang membawa pulang sebuah kerusi urut S6 Wellness Superchair sumbangan Gintell yang disampaikan oleh Pengurus Pemasaran dan Jualan Gintell, Awang Zahari dan Awang Mohd Fakhri Marzuqi bin Marsal pula memenangi hadiah ketiga berupa penapis air Cuckoo KTOP 2.0.

    Manakala 27 orang pemenang lainnya juga turut membawa hadiah-hadiah menarik sumbangan daripada beberapa syarikat yang terlibat.

    Sepanjang pameran itu, orang ramai berpeluang menyertai cabutan bertuah dengan setiap pembelian barangan di CF28.

    Melalui tema New Year New Me, penganjur D’Sunlit Sdn Bhd mahu menjentik rasa keseronokan dan keberanian orang ramai ketika mereka mengunjungi pelbagai vendor yang tersedia di pameran itu.

    Menurut D’Sunlit, CF28 telah menjadi hab rangkaian yang luas untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan dari dalam dan luar negara.

    Sehubungan itu, pihak penganjur mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan atas sokongan berterusan yang diberikan sepanjang tahun dan juga rakan kongsi serta peserta dalam sama-sama menjayakan CF28 tahun ini.

    Dayang Amal Muizzah memenangi hadiah utama sebuah kereta Toyota Raize. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Antara yang hadir menyaksikan cabutan bertuah berkenaan. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Pemenang kedua membawa pulang sebuah kerusi urut tajaan S6 Wellness Superchair. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...