TOKYO, 12 MEI – Toyota hari ini berkata mereka menjangkakan penurunan sebanyak 79.5 peratus dalam keuntungan operasi tahunannya pada tahun fiskal ini selepas mengalami kejatuhan ‘signifikan’ akibat wabak koronavirus.
Gergasi automotif Jepun enggan memberikan ramalan mengenai keuntungan bersih untuk tahun fiskal hingga Mac 2021 tetapi menyatakan bahawa kesan krisis terhadap perniagaan mereka adalah ‘meluas, signifikan dan serius’.
Syarikat tersebut kini menjangkakan keuntungan operasi tahunan bernilai 500 bilion yen, turun 79.5 peratus dari 2.44 trilion yang dicatatkan pada bulan Mac tahun lalu.
Toyota meramalkan hampir 20 peratus penurunan penjualan tahunan kepada 24 trilion yen, berbanding dengan 29.93 trilion yen yang diperoleh pada tahun fiskal yang lalu.
Keuntungan besar syarikat pada tahun lalu hingga bulan Mac meningkat kepada 2.076 trilion yen, meningkat 10.3 peratus pada tahun tersebut.
“Dengan ekonomi global yang bergerak ke hadapan, terdapat kebimbangan berdepan dengan penurunan mendadak dalam kebanyakan negara dan rantau disebabkan oleh impak COVID-19,” kenyataan dari Toyota.
“Walaupun kami menganggap bahawa pasaran automobil global secara keseluruhan akan pulih beransur-ansur selepas April dan Jun 2020 akibat kesan COVID-19 adalah meluas, signifikan dan serius, tetapi ia dijangka akan berlanjutan untuk masa ini.” – AFP





























