Toyota tingkat keupayaan T-HR3

TOKYO, 19 DIS – Versi terbaharu robot T-HR3 yang dikemaskini oleh Toyota Motor Corp kini mempunyai pergerakan jari yang lebih cepat dan lancar tatkala peranti kawalan jauh yang boleh dipakai menjadi lebih ringan dan mudah digunakan.

Dalam demonstrasi baru-baru ini di Tokyo, seorang kakitangan Toyota menunjukkan cara-cara mengawal robot untuk melakukan pergerakan dengan cara yang sama seperti melambai atau membuat pergerakan seperti tarian.

Robot kecil yang kelihatan seperti maskot untuk Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020 dikawal dengan cara yang sama. Pembuat kereta Toyota Jepun merupakan penaja Olimpik.

Jurutera Toyota, Tomohisa Moridaira berkata, robot berbentuk manusia boleh dikawal secara intuitif kerana semua yang perlu dilakukan adalah bergerak secara semula jadi.

Toyota percaya teknologi itu adalah sejenis mobiliti, misi lama pembuat kereta dan mobiliti seperti seseorang yang bergerak secara emosi, kata Moridaira.

Membangun robot mencerminkan pergerakan manusia, di mana pada masa akan datang, ia akan memberi manfaat kepada manusia seperti melakukan pembedahan di tempat yang jauh di mana seorang doktor mungkin tidak dapat melakukan perjalanan.

Cabaran masih terletak pada memastikan sambungan telekomunikasi yang boleh dipercayai dan pantas supaya isyarat disampaikan dengan tepat, kata Moridaira. – AP

Robot T-HR3 ketika dikawal oleh kakitangan Toyota Motor Corp semasa sesi pertunjukan di Tokyo, kelmarin. – AP