SYDNEY, 29 Jan – Sebuah syarikat telekomunikasi Australia hari ini membatalkan rancangannya untuk membina rangkaian telefon mudah alih keempat di sini, serta menyalahkan sekatan keselamatan ke atas syarikat gergasi China, Huawei.
TPG mendakwa bahawa ‘vendor peralatan utama’ mereka iaitu Huawei yang dihalang daripada penyaluran rangkaian 5G bermakna projek itu tidak lagi berdaya maju.
Syarikat itu berkata ia telah membelanjakan AUS$100 juta (AS$71 juta) untuk membina rangkaian baharu, yang dapat memberi manfaat kepada pengguna.
Bagaimanapun, keputusan itu dapat melancarkan laluan bagi mendapatkan kelulusan kerajaan untuk penggabungan antara TPG dan Vodafone bernilai AUS$15 bilion.
Pasukan pemerhati telah menyatakan kebimbangan mengenai gabungan Vodafone dan TPG kerana perniagaan telefon mudah alih mereka.
Pasaran Telstra menyaksikan saham mereka meningkat sekitar lima peratus setelah berita itu, yang juga akan dialu-alukan oleh pesaing iaitu Singtel milik Optus dan Vodafone. – AFP

































