Trabzonspor digantung UEFA selama setahun

LAUSANNE, 4 JUN – Pemimpin liga Turki, Trabzonspor dilarang satu tahun dari menyertai pertandingan Eropah kerana tidak memenuhi peraturan Financial Fair-Play, UEFA mengumumkan semalam.

Kelab itu akan diketepikan dari kejohanan Eropah seterusnya yang mereka layak, sama ada pada musim 2020/21 atau 2021/22. Trabzonspor didenda kerana tidak mematuhi perjanjian yang dibuat pada tahun 2016 yang mengatakan mereka akan mogok pada 2019.

Mereka mendahului Liga Super Turki di kedudukan atas Istanbul Basaksehir, divisyen liga itu akan disambung semula pada 12 Jun ini berikutan penutupan akibat COVID-19. Juara liga Turki secara automatik layak ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara musim depan.

Trabzonspor adalah satu-satunya kelab terbaharu yang melanggar peraturan FEF UEFA, dengan juara EPL, Manchester City telah mengajukan rayuan terhadap larangan dua tahun mereka dan AC Milan juga dilarang di Liga Europa musim ini. – AFP