Tradisi eratkan perpaduan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Mac – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat bagi merasmikan Festival Layang-Layang (Kikik) Antarabangsa Kali Pertama Negara Brunei Darussalam 2019 sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-35.

Turut berangkat ke majlis yang berlangsung Taman Mahkota Jubli Emas di ibu negara, pagi tadi, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel.

(Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)