Thursday, October 10, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tradisi opera jalinkan hubungan China-Greece

    ATHENS – Pameran Kostum Opera Cina telah dirasmikan baru-baru ini di bandar Elefsina, barat laut Athens sebagai salah satu usaha terbaru untuk meningkatkan hubungan budaya di antara Greece dan China.

    Majlis perasmian itu dihadiri oleh Timbalan Ketua Parti Hangzhou, Ma Xiaohui, Duta Besar China ke Greece, Zou Xiaoli, Datuk Bandar Elefsina, George Tsoukalas dan perwakilan perbandaran.

    Pameran yang dianjurkan oleh majlis perbandaran Elefsina bersama dengan kedutaan China di Greece, meningkatkan kerjasama budaya yang ditubuhkan selepas menjalinkan hubungan baik di antara dua bandar iaitu Elefsina dan Haicheng di China pada 2014.

    “Pameran ini memberikan peluang dalam menjalinkan hubungan ekonomi, budaya dan pendidikan,” jelas Ma kepada Xinhua.

    Di pihak Yunani, Tsoukalas jelas memberikan pujian terhadap jalinan baik perhubungan Sino-Yunani.

    Pameran Tradisi Opera Cina diadakan di Pusat Kebudayaan Leonidas Kanellopoulos di Elefsina, Greece.
    Pameran Tradisi Opera Cina diadakan di Pusat Kebudayaan Leonidas Kanellopoulos di Elefsina, Greece.
    Antara kostum tradisi opera China yang dipamerkan di Pusat Kebudayaan Leonidas Kanellopoulos di Elefsina, Greece.
    Antara kostum tradisi opera China yang dipamerkan di Pusat Kebudayaan Leonidas Kanellopoulos di Elefsina, Greece.

    “Kerjasama antara bandar, rakyat dan masyarakat adalah satu laluan yang baik untuk mengukuhkan perhubungan dalam pelbagai bidang sekali gus merapatkan jurang perbezaan,” jelas Tsoukalas.

    Selama tiga tahun terakhir, kumpulan opera terkenal China telah melakukan persembahan sewaktu Festival Aeschylus yang merupakan acara seni paling lama dianjurkan di rantau Attica.

    “Hangzhou telah menghantar rombongan Opera Yue untuk mengadakan persembahan di Elefsina pada tahun lalu di mana ia adalah merupakan sebahagian daripada program pertukaran kebudayaan,” jelas Ma.

    Mengulas mengenai majlis itu, Duta Besar Zou mencirikan pameran itu sebagai penghormatan kepada opera China di mana ia juga dianggap sebagai hadiah yang ditawarkan oleh masyarakat Cina kepada masyarakat di bandar Elefsina.

    “Tradisi Opera Cina menggabungkan nilai sejarah, kesusasteraan, muzik, tarian, seni kehalusan tangan, seni mempertahankan diri di mana ia juga dianggap sebagai permata peradaban Cina,” jelas Zou.

    Pameran tersebut menampilkan seleksi yang terdiri daripada lebih 100 kostum, gambar dan video yang mencerminkan kepentingan jenis opera Cina tanpa mengira tradisi atau moden.

    Menurut Zou, sebanyak 20 jenis opera Cina dari 17 wilayah dipamerkan di pameran tersebut.

    Bagi Nantia Vlachopoulou yang merupakan antara kurator pameran itu menjelaskan bahawa pengalaman beliau dalam mengenali opera Cina itu adalah sesuatu yang sangat mengagumkan.

    Tradisi Opera Cina menggabungkan nilai sejarah, kesusasteraan, muzik, tarian, seni kehalusan tangan,  seni mempertahankan diri di mana ia juga dianggap sebagai permata peradaban China.
    Tradisi Opera Cina menggabungkan nilai sejarah, kesusasteraan, muzik, tarian, seni kehalusan tangan, seni mempertahankan diri di mana ia juga dianggap sebagai permata peradaban China.

    “Saya telah menyaksikan persembahan tradisi opera China buat pertama kali di Elefsina dua tahun yang lalu. Lebih menarik lagi apabila penceritaan kisah Yunani iaitu Oresteia oleh Aeschylus turut dipersembahkan dalam bentuk opera China,” jelas Vlachopoulou kepada Xinhua.

    Sesuatu perkara yang berjaya membuatkan beliau berasa kagum adalah tatkala melihat kostum yang digayakan di samping sifat spontan setiap peserta yang melakukan persembahan.

    “Ia adalah sangat berbeza daipada apa yang dipersembahkan dalam opera barat. Kostum yang digayakan jelas kelihatan berwarna-warni dan cukup cantik,” tambah Vlachopoulou.

    “Pertukaran budaya ini secara tidak langsung membolehkan orang-orang Yunani untuk mengetahui keunikan budaya Cina. Malah ia juga turut menyediakan platform kepada budaya Cina untuk dikenali di seluruh dunia,” jelas Duta Besar China di Greece kepada Xinhua.

    Memandangkan Elefsina telah diisytiharkan sebagai Bandar Kebudayaan Eropah pada tahun 2021, setentunya wujud harapan untuk terus menjalinkan kedua pihak.

    “Kami ingin mewujudkan kerjasama budaya yang berterusan dengan China, jelas Tsoukalas.

    “Apabila Muzium Aeschylus dibuka pada tahun 2021, saya berharap akan terdapat dewan pameran tetap untuk menjadi lokasi bagi penganjuran opera Cina. Acara yang dianjurkan pada hari ini pula adalah langkah pertama untuk merealisasikan impian ini,” jelas Zou kepada Xinhua.

    Pameran di Pusat Kebudayaan Leonidas Kanellopoulos di Elefsina ini akan berlangsung sehingga 9 September.

    Sebagai sebahagian daripada Festival Aeschylus 2017, Elefsina juga turut menganjurkan persembahan Tradisi Opera Anhui Huangmei yang cukup terkenal. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda