Friday, May 16, 2025
31.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tradisi pembuatan oud semakin berkurangan di Syria

    DAMASCUS – Antoun Tawil merupakan salah seorang yang aktif membuat seruling tradisional dan kini, beliau dikenali sebagai seorang pembuat alat muzik tradisional itu yang terakhir di Syria. Beliau yang berada di bengkelnya telah menghabiskan sisa-sisa masanya dengan membuat peralatan itu bagi kegunaan untuk di kemudian hari. Walaupun konflik yang telah melanda Syria sejak enam tahun yang lalu telah memusnahkan kebanyakan kraf bersejarah Syria namun peralatan-peralatan muzik tradisional juga musnah seperti pengeluaran oud, seruling dan sebagainya.

    Kebanyakan pembuat alat muzik itu telah berhijrah dengan jumlah yang besar malah kayu yang digunakan untuk membuat alat muzik itu juga telah semakin kurang didapati di negara itu. “Dianggarkan sekitar 20 bengkel di sekitar bandar Damsyik sebelum krisis berlaku, namun sekarang hanya tinggal enam bengkel sahaja yang tinggal. Empat daripadanya berada di bandar Damsyik dan selebihnya di bandar-bandar yang lain,” kata Tawil yang berusia 57 tahun kepada wartawan AFP.

    Di dalam bengkel beliau yang kecil dan terletak di Tekkiyeh Sulamaniyeh, Kompleks Ottoman yang mana kawasan ini banyak terbina seperti masjid, pasar kraf dan sebagainya, Tawil merenung alat muzik oudnya yang digantung di dinding bengkelnya. Kebanyakan oud ciptannya dihias halus dan bertatahkan dengan beribu-ribu mutara dan juga gading indah.

    Dinamakan sempena satu perkataan Arab yang bermaksud sekeping kayu, oud adalah sebuah instrument utama dalam muzik Timur Tengah. Alat ini adalah berkaitan dengan gitar, balalaika Rusia dan juga Bouzouki Yunani. Alat ini dicirikan dengan reka bentuknya yang berbeza seperti lehernya yang pendek dan badannya yang besar malah alat muzik ini dianggap seperti sebiji buah pir.

    Cantik seperti permaidani Parsi

    Kesemua enam tukang kayu yang bekerja di bengkel beliau telah melarikan diri dari Syria. “Sebelum krisis berlaku, kami membuka kilang kami pada pukul 5 pagi dan bekerja sepanjang hari kerana terdapat permintaan yang tinggi terhadap alat ini,” tambah Tawil lagi kepada media. “Saya sangat merindui suasana itu, dalam sebulan, Tawil akan menerima tempahan yang sangat tinggi malah beberapa alat ciptaannya itu dibawa ke luar negara seperti di Eropah dan juga Kanada, namun kini kami tidak lagi menjual apa-apa,” tambah Tawil lagi kepada media.

    Beliau dikenali sebagai seorang pembuat muzik tradisional itu yang terakhir di Syria. – AFP
    Beliau dikenali sebagai seorang pembuat muzik tradisional itu yang terakhir di Syria. – AFP
    Alat muzik oud pertama telah dihasilkan pada tahun 1897 dan dicipta oleh Abdo al-Nahhat dan menjadi salah satu alat muzik yang terkenal di negara itu. – AFP
    Alat muzik oud pertama telah dihasilkan pada tahun 1897 dan dicipta oleh Abdo al-Nahhat dan menjadi salah satu alat muzik yang terkenal di negara itu. – AFP

    SYRIA-CONFLICT-OUD-MUSIC

    Dinamakan sempena satu perkataan Arab yang bermaksud sekeping kayu, oud adalah sebuah instrument utama dalam muzik Timur Tengah. – AFP
    Dinamakan sempena satu perkataan Arab yang bermaksud sekeping kayu, oud adalah sebuah instrument utama dalam muzik Timur Tengah. – AFP

    Dengan penurunan nilai mata wang Syria, harga semakin menjunam. “Saya pernah menjual oud saya dengan harga nilai 5,000 pound dan pada hari ini, saya menjual alat ini dengan harga 3,500 pound. Namun saya masih bersemangat untuk meneruskan lagi penciptaan alat muzik ini dan bertahan lama di kawasan benua Arab. Oud kami boleh bertahan selama 70 tahun tanpa perlu penyelenggaraan. Saya telah membuat sesuatu yang indah seperti sebuah permaidani Parsi,” tambah Tawil lagi kepada media AFP.

    Namun semenjak konflik di Syria telah berakhir, apa yang menjadi salah satu masalah ialah kayu. “Kami bergantung sepenuhnya kepada kayu walnut kerana kayu ini sangat berkualiti tinggi dan boleh didapati dalam Eastern Ghouta khususnya,” kata Ali Khalifeh, salah seorang tukang kayu terkenal di Damsyik. Timur Ghouta merupakan timur kubu pemberontakan di ibu negara di bawah pengepungan kerajaan dan di luar jangkauan para tukang kayu. “Hari ini, kayu ini sedang digunakan oleh kebanyakan individu di Ghouta untuk haba kerana banyak berlaku peperangan dan perkelahian,” tambah Ali lagi kepada media.

    Profesion terancam

    Alat muzik oud pertama telah dihasil-kan pada tahun 1897 dan dicipta oleh Abdo al-Nahhat dan menjadi salah satu alat muzik yang terkenal di negara itu. Pada abad ke-20, oud adalah instrumen muzik yang disukai oleh Syria, dimainkan di majlis-majlis perkahwinan atau majlis perhimpunan. Apa yang pasti, alat muzik ini pernah terkenal dan menjadi salah satu produk yang tertinggi kerana tidak ada persaingan yang hebat.

    Tawil menggunakan stim untuk membentuk tulang rusuk oud dengan tangan, mesin, penggunaan bengkel khalifeh untuk bengkok 20 pada satu masa dan cuba melicinkan kayu. Manakala pasak leher pula diskrukan dengan menggunakan tangan. “Sistem mengilat instrumen ini mengambil masa sekitar lima dan enam jam namun dengan menggunakan mesin ia akan siap dalam jangka masa 15 minit. Kami lazimnya akan mencipta sekitar 10 hingga 15 oud sebulan namun sekarang kami akan membuat sekitar 20 oud,” kata Khalifeh yang mana telah mengeksport instrumen itu ke Perancis dan juga Amerika Syarikat.

    Walaupun dengan permintaan tinggi, Khalifeh berasa industri ini semakin menurun. “Apabila saya melihat keadaan profesion saya, saya boleh mengatakan bahawa ini adalah dalam proses menghilang. Ia adalah satu profesion di bawah ancaman. Orang muda tak mempunyai masa untuk belajar dan kebanyakan profesion dalam bidang ini sudah mula membuka kilang mereka sendiri di negara yang mereka tuju untuk perlindungan,” tambah Khalifeh lagi mengakhiri temu ramah bersama media. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/ bandarqq dominoqq pkv games bandarqq dominoqq pkv games https://cste.sut.ac.th/QRcode/masterFile/