Thursday, February 20, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Trafik di pusat pemeriksaan darat S’pura dijangka sesak

    SINGAPURA, 11 April – Aliran trafik di pusat pemeriksaan darat republik ini dijangka sesak menjelang cuti bersempena sambutan Good Friday pada 14 April ini.

    Pihak Berkuasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA) berkata aliran trafik di Woodlands dan Tuas dijangka bertambah dengan ketara, terutama dari 13 hingga 16 April.

    “Mereka yang membuat perjalanan dengan menggunakan pusat pemeriksaan darat mungkin mengalami kelewatan,” kata ICA dalam kenyataan hari ini.

    ICA berkata pihaknya akan mengambil langkah perlu bagi meningkatkan kecekapan pelepasan sedapat mungkin, tanpa memberi kelonggaran tentang langkah keselamatan.

    “Kami memohon kefahaman dan kerjasama semua pihak yang menggunakan pusat pemeriksaan darat pada waktu puncak,” kata pihak berkuasa itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda