Monday, March 27, 2023
29.9 C
Brunei

-

Trafik penumpang udara M’sia diunjur melonjak

SINGAPURA, 17 MEI – Trafik penumpang udara Malaysia tahun ini diunjurkan melonjak di antara 197 peratus dengan 347 peratus tahun ke tahun, mewakili 32.6 juta hingga 49 juta penumpang, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Beliau berkata ini menunjukkan pemulihan 30 hingga 45 peratus daripada tahap trafik penumpang udara sebelum pandemik melanda pada 2019, katanya dalam kenyataan pembukaan semasa perbincangan panel bertajuk ‘Reviving Aviation, Rebuilding Connections’ di Sidang Kemuncak Penerbangan Changi (CAS) 2022.

Wee berada di sini atas jemputan kerajaan Singapura. Beliau berkata mengenai trafik kargo udara bagi 2022, ia dijangkakan meningkat 3.9 hingga 6.7 peratus tahun ke tahun, yang menandakan 21.5 bilion hingga 22 bilion tan kargo setiap kilometer (FTK), disokong oleh kemajuan program vaksinasi, pertumbuhan kukuh e-dagang serta peningkatan aktiviti perdagangan antarabangsa – import dan eksport.

Bagi pemulihan yang lancar dan sepenuhnya, beliau mencadangkan bahawa protokol kesihatan yang dikenakan ke atas perjalanan udara mestilah konsisten, lebih mudah dan lebih boleh jangka. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -