Saturday, April 19, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tragedi Laut Mati ragut 20 nyawa

    AMMAN, 26 Okt – Sekurang-kurangnya 20 orang, kebanyakannya pelajar sekolah, terkorban dalam kejadian banjir kilat di Jordan, menurut pekhidmatan kecemasan hari ini, dalam apa yang dikatakan akbar kerajaan sebagai ‘Tragedi Laut Mati’.

    Seramai 35 yang lain mengalami kecederaan susulan hujan lebat kelmarin, termasuk beberapa orang anggota keselamatan yang terlibat dalam operasi menyelamat, kata seorang pegawai jabatan pertahanan sivil, ketika mengemaskini jumlah mangsa bagi hari ini.

    Satu sumber keselamatan menyatakan para penyelamat masih mencari lapan orang yang masih hilang di kawasan Laut Mati, destinasi popular pelancong kira-kira 50 kilometer barat Amman.

    “Kebanyakan yang terkorban adalah pelajar sekolah berusia 11 hingga 14 tahun, yang mengambil bahagian dalam lawatan ke kawasan Laut Mati, apabila bas mereka dibawa arus air banjir,” katanya.

    Arus air banjir telah membawa para pelajar ke laut selepas mereka turun dari bas.

    Juga antara yang terkorban adalah orang awam yang berpiknik di kawasan tersebut, menurut jabatan pertahanan sivil, menambah bahawa sebuah jambatan berdekatan juga runtuh.

    Television Jordan melaporkan bahawa Raja Abdullan II telah membatalkan satu lawatan berjadual ke Bahrain bagi menyelia perkembangan kejadian tersebut.

    “Kesedihan dan dukacita saya setanding dengan kemarahan saya ke atas sesiapa yang tidak mengambil langkah-langkah yang sepatutnya bagi mencegah kejadian menyayat ini daripada berlaku,” jelasnya di Twitter.

    Akhbar kerajaan, Al-Rai menggunakan tajuk ‘Tragedi Laut Mati’ di muka depan, sementara akbar swasta, Al-Ghad menggunakan tajuk ‘Hari Hitam’. – AFP

    Seorang murid yang cedera diusung ke hospital selepas berlakunya kejadian nahas bas berhampiran Laut Mati di Jordan pada 25 Oktober. Banjir kilat di Jordan telah menghanyutkan sebuah bas sekolah dan membunuh kira-kira 20 orang terutamanya pelajar sekolah, kata perkhidmatan kecemasan, ketika Israel menghantar pasukan untuk membantu operasi menyelamat. – AFP
    Seorang pelajar diusung ke sebuah hospital selepas kemalangan bas berdekatan Laut Mati di Jordan. Banjir kilat telah menjejaskan sebuah bas sekolah dan mengorbankan sekurang-kurangnya 20 pelajar. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda