LOS ANGELES, 10 Jan – C.J. McCollum menjaringkan 27 mata dan menghasilkan tujuh bantuan untuk menerajui kemenangan pasukan Portland Trail Blazer ke atas Oklahoma City dengan 117-106 dalam perlawanan NBA semalam.
Shabazz Napier menambah 21 mata dan pemain dari Bosnia, Jusuf Nurkic mencatatkan 20 mata bagi pasukan Trail Blazers (22-18), yang menewaskan tuan rumah Thunder (22-19) bagi kedudukan kelima dalam Western Conference.
Damian Lillard terlepas beraksi dalam perlawanan kedua berturut-turut kerana mengalami kekejangan kaki kanan, Napier menggantikan tempatnya.
“Ia adalah kemenangan besar. Ia adalah bagi tangga kelima,” kata McCollum. “Damian akan kembali pada bila-bila masa saja. Kami perlu mengekalkan kedudukan sehingga dia kembali.”
McCoolum mencetuskan kebangkitan Portland pada suku ketiga yang mengekalkan Oklahoma City di belakang sepanjang perlawanan.

“Saya hanya cuba untuk beraksi dengan pergerakan saya, membiarkan permainan datang kepada saya dan apabila saya perlu untuk mendapatkan jaringan besar, saya tidak merasa takut,” kata McCollum. “Pemain melakukan tugasan yang bagus untuk meletakkan saya dalam skrin dan saya mampu untuk berada di tengah.”
Russell Westbrook dan Paul George masing-masing mencatatkan 22 mata untuk memberikan pendahuluan mata kepada Thunder, dengan Westbrook menambah 12 bantuan tertinggi dalam perlawanan itu dan sembilan rebound, sementara Carmelo Anthony menyumbang 19 mata dan pemain tengah dari New Zealand, Steven Adams mencatatkan 16 mata.
Dalam persaingan di Toronto, Wayne Ellington dari Miami menjaringkan mata dengan perlawanan berbaki 0.3 saat untuk memastikan kemenangan buat pasukan Heat 90-89.
Catatan mata berturut-turut dari DeMar DeRozan memastikan pasukan tuan rumah Raptors mendahului jaringan tipis 87-86 dengan perlawanan hanya berbaki dua minit, tetapi Goran Dragic dari Miami membalas jaringan ketika perlawanan hanya berbaki 19 saat untuk memastikan pasukan Heat didepan dengan 88-87.
Tetapi DeRozan, yang meletakkan pendahuluan Raptors dengan 25 mata, belum lagi selesai. Dia membalas dengan menyudahkannya ketika perlawanan berbaki tiga saat untuk memastikan Raptos kembali di depan, yang memastikan Ellington sebagai wira.
Pemain pertahanan Slovenia, Dragic menerajui pasukan Miami dengan 24 mata dan 12 rebound sementara Ellington menghasilkan 15 mata dari bangku simpanan, pemain simpanan Heat, Bam Adebayo menambah 16 mata dan Hassan Whiteside mencatatkan 13 mata dan 15 rebound.
Pemain penyerang Sepanyol, Serge Ibaka dari Toronto dan pemain penyerang Miami, James Johnson diarahkan meninggalkan gelanggang kerana berbalas-balas tumbukan sesama sendiri ketika berlaku pertengkaran pada suku ketiga yang bermula apabila kedua pemain mula berbalah.
Pasukan Raptors ketinggalan 28-11, berada di tangga kedua dalam Eastern Conference dan tiga perlawanan di belakang Boston, sementara Miami melonjak kepada 23-17, yang menyamai rekod Washington di tangga keempat dalam persaingan East. – AFP