Trak bawa tangki minyak terbakar, cetus kepanikan penduduk

TEHRAN, 28 JULAI – Trak yang membawa tangki minyak terbakar di kawasan letak kereta berhampiran bandar Kermanshah di barat Iran, hari ini, mengeluarkan kepulan asap dan mencetuskan kepanikan dalam kalangan penduduk, kata media kerajaan.

Kebakaran berlaku semasa kerja-kerja pembaikan kenderaan berat dilakukan sebelum api merebak ke beberapa kenderaan lainnya, kata gabenor Fazlollah Ranjbar, yang dipetik oleh agensi berita rasmi IRNA.

Lima orang termasuk empat anggota bomba tercedera, kata jurucakap perkhidmatan kecemasan kepada AFP.

Rakaman yang disiarkan di laman web televisyen negeri menunjukkan kepulan asap hitam menjulang ke udara ketika anggota bomba ber-usaha untuk memadamkan kebakaran. Walau bagaimanapun gabenor menafikan insiden tersebut dikaitkan dengan sebarang letupan.

“Kami tidak menemui sebarang bahan letupan di mana-mana di bandar hari ini dan kepulan asap hitam yang dilihat warga di udara Kermanshah adalah disebabkan oleh kebakaran di kawasan tersebut,” katanya.

Kebakaran itu dikawal oleh anggota bomba dan usaha menyelamat masih diteruskan, tambahnya. – AFP