Trak langgar kenderaan tentera AS

BERLIN, 20 DIS – Sebuah trak telah melanggar kenderaan tentera AS di lebuh raya Bavaria hari ini dalam apa yang polis Jerman gambarkan sebagai satu kemalangan.

Pihak tentera berkata tidak ada kecederaan dalam kalangan kakitangan AS, tetapi lapan orang tentera telah dibawa ke hospital bagi pemeriksaan.

Kemalangan itu berlaku di lebuh raya A3 berdekatan Neumarkt di der Oberpfalz, kenderaan tentera berada di tepi lebuh raya dan polis berkata trak tersebut melanggar salah sebuah dari belakang.

Polis Jerman berkata terdapat beberapa orang tercedera, tetapi pihak tentera berkata ‘buat masa ini’ tidak ada yang cedera dalam kalangan kakitangan AS tapi lapan orang tentera telah dibawa untuk pemeriksaan.

Komando Latihan Tentera Darat ke-7 berkata sebuah trak tentera membuat perjalanan dari Hohenfels menuju ke Grafenwoehr telah berhenti di tepi lebuh raya selepas terpisah daripada konvoi yang lain.

Semasa menunggu, ia telah dilanggar oleh sebuah trak komersial awam, dan perlanggaran itu mengakibatkan kerosakan tiga buah kenderaan Tentera AS, katanya. – AP