Trak terbabas ke gaung ragut 3 jiwa, 9 cedera

BUCHAREST, Romania, 30 Jun – Tiga askar meninggal dunia manakala sembilan lagi cedera apabila trak mereka terjunam ke dalam gaung, kata kementerian pertahanan Romania hari ini.

Kemalangan itu berlaku lewat kelmarin apabila sebuah trak membawa 13 askar yang dalam konvoi empat buah kenderaan tentera terbalik berhampiran kampung Valea Urdii, kira-kira 190km dari barat laut Bucharest. Menteri Dalam Negeri, Camen Dan berkata pemandunya mengatakan breknya gagal berfungsi.

Trak itu membuat perjalanan dari padang tembak Cincu di tengah Romania tempat ribuan askar NATO mengadakan latihan tahun ini, menuju ke bandar Campulung.

Kementerian pertahanan berkat dua mangsa yang terkorban merupakan askar berpengalaman dan pernah berkhidmat di Afghanistan. Seorang askar tidak cedera.

Askar-askar yang cedera telah dirawat di hospital Bucharest dan bandar-bandar Brasov serta Pitesti dan dalam keadaan stabil. Askar-askar itu merupakan Batalion ke-30 Mountain Hunters. – AP