NEW YORK, 11 Jan – Minuman Coke Diet sedang bertukar wajah untuk meningkatkan penjualan minuman soda bebas gula yang sedang mengalami penurunan.
Coca-Cola Co. berkata semalam ia menambahkan minuman tin Coke Diet 12 aunsnya dengan memperbaharui logo dan menawarkan minuman berusia 35 tahun itu dengan empat perisa terbaru, termasuk perisa mangga dan limau halia. Perisa bagi Coke Diet biasa akan tetap sama, menurut syarikat yang berpusat di Atlanta itu.
Penjualan Coke Diet telah merosot ketika orang ramai beralih ke minuman berkalori rendah seperti air soda berperisa. Malah, minuman tin 12 auns terbaru itu adalah sama seperti yang digunakan oleh air soda Dasani. Coke Diet akan kekal muncul dengan standard tin 12 auns, begitu juga saiz yang lain seperti botol dan tin kecil.
“Kami mengekalkan keaslian Coke Diet sambil memodenkan jenamanya untuk menarik generasi baru untuk meminumnya,” menurut kenyataan syarikat itu melalui laman sesawangnya.

Coca-Cola berkata perisa dan wajah terbaru – dengan warna jalur menegak yang berbeza bagi setiap perisa dan warna merah untuk minuman biasa – bertujuan untuk menarik minat generasi baru.
Syarikat itu menghabiskan masa selama dua tahun untuk membuat pembaharuan, dan mencuba lebih 30 perisa sebelum memutuskan empat perisa, turut termasuk perisa ceri dan buah oren.
Perubahan itu akan dilaksanakan di kedai-kedai AS menjelang akhir bulan ini dan di Kanada pada Februari. Belum ada perancangan terbaru untuk membuat pembaharuan di negara lain, akan tetapi syarikat itu berkata sebahagian daripadanya sedang meneroka idea baru. – AP