Thursday, April 18, 2024
25.3 C
Brunei

    -

    Trend video bantu lega tekanan dalam kehidupan

    BEIJING – Menonton video dalam talian seperti mengikis sabun, membersihkan kereta dan memotong kuku lembu, tidak memerlukan kita untuk terlalu banyak berfikir, namun video-video ini telah memberi keseronokan audio visual kepada ramai orang yang membantu untuk melegakan tekanan dalam kehidupan seharian mereka.

    Zeng Xiaoyue, seorang pelajar sarjana dalam bidang biologi berusia 24 tahun di Universiti Zhejiang, suka menonton video-video seperti ini kerana dia suka mendengar bunyi-bunyi itu. “Hari itu, saya kebetulan menonton video yang menunjukkan seorang lelaki memasak makanan untuk binatang ternakannya. Dia tidak berbicara, dia hanya memotong sayur-sayuran. Bunyi memotong itu melegakan tekanan saya,” katanya.

    Dia merasa tertekan kerana menulis tesis dan mencari kerja selepas tamat pengajian. Dia pernah meminta bantuan daripada pakar kaunseling psikologi kerana dia didiagnosis dengan kemurungan di hospital.

    Dalam beberapa video seperti ini, orang akan memotong, mencengkam, merobek, mengikis, memerah atau menekan objek di mana benda-benda sedang dihancurkan. Klip lain yang mempunyai kesan dekompresi yang sama menunjukkan kerja buruh atau pengeluaran, seperti mencuci karpet, memotong kuku lembu dan membaiki serbuk kosmetik.

    Gerakan mereka biasanya mudah, berulang dan lancar, memberikan keseronokan kepada penonton daripada pancaindera dan pendengaran mereka, yang memenuhi keperluan orang yang cenderung kepada jenis kecelaruan obsesif kompulsif (OCD). Orang yang didiagnosis dengan OCD biasanya akan mengembalikan keadaan bersepah kepada keadaan asal atau memberikan penampilan baharu.

    Video-video pengaturan semula seperti ini melegakan tekanan dan stres. Video-video ini menunjukkan kesudahan yang menenangkan dan membuatkan para penonton merasa puas hati dengan perbandingan sebelum-dan-selepas.

    Autonomous Sensory Meridian Response (ASMR) adalah jenis video dekompresi yang lain yang popular, yang memberikan sensasi dengan memperkuat bunyi-bunyi halus.

    Pembuat video akan berbisik, makan, bernafas atau menyentuh sesuatu untuk membuat bunyi yang halus dan perlahan.

    Untuk memenuhi keperluan penonton, video yang dikeluarkan untuk melegakan tekanan menawarkan pelbagai titik yang memuaskan pelbagai jenis orang.

    Sesetengah orang suka melihat mencubit jerawat dan mengeluarkan bintik hitam, yang lain rasa sangat tidak selesa untuk ditonton.

    Sesetengah orang suka menonton kerja ekskavator, bahkan boleh meluangkan masa sehari penuh, tetapi se-setengah orang merasa bosan dengannya.

    Video-video ini muncul sejak tahun 2013 di forum Reddit ketika seseorang pertama kali mencipta istilah ‘oddly satisfying’ dalam menggambarkan video-video ini, yang telah berkembang menjadi komuniti jutaan orang.

    Dalam era video pendek, jenis video ini semakin popular. Tahun lepas, video dengan #OddlySatisfying di Tik-Tok menerima jutaan tontonan.

    Laporan menunjukkan bahawa ramai orang kini lebih cenderung untuk terheret dalam kemurungan.

    Dalam tahun pertama pandemik COVID, kekerapan kecemasan dan kemurungan global meningkat sebanyak 25 peratus, menurut ringkasan saintifik yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada Mac.

    Pada Mac tahun lepas, tahap kecemasan dan kemurungan pada orang berusia 18 hingga 24 dianggarkan lebih tinggi berbanding dalam kumpulan dewasa yang lain, menurut Laporan Pembangunan Kesejahteraan Mental China (2019-2020) yang dikeluarkan oleh Institut Psikologi Akademi Sains China.

    Lin Chun, seorang pakar dari Persatuan Psikologi Cina, memberitahu media bahawa menonton jenis video ini membuat orang sangat fokus dan terbuai dalam situasi yang dirakamkan.

    Ketika orang dalam video melakukan aktiviti, penonton juga mengalami perasaan kawalan, irama dan kejayaan, yang membuat mereka tenang dan gembira.

    Sebagai contoh, video orang menghancurkan objek, seperti mengikis sabun atau mencengkam slime, dapat membantu secara langsung menghancurkan “dam” di dalam fikiran orang, membolehkan emosi dilepaskan dengan segera dan menghilangkan tekanan, kata Lin.

    Video yang menunjukkan tindakan membaiki pula membolehkan otak untuk mengaitkan maklumat sensori untuk membentuk perasaan yang stabil dan dapat diramal, kata Lin.

    Video yang menunjukkan tindakan membaiki sesuatu membolehkan otak untuk mengaitkan maklumat pancaindera bagi membentuk perasaan yang stabil dan dapat diramalkan, yang bertentangan dengan keresahan dan tekanan penonton, kata Lin.

    Walau bagaimanapun, Zeng, berkata meskipun semasa menonton video-video itu, dia merasa sangat gembira dan bersemangat, tetapi selepas itu, dia masih bergantung pada dirinya untuk menyesuaikan keadaan dan menenangkan hatinya.

    “Dari sudut pandangan jangka panjang, ia tidak akan membawa kebahagiaan berkekalan atau menyingkirkan tekanan saya. Ia masih terpulang kepada saya untuk mencari jalan dan berdamai dengan diri sendiri,” katanya. – ANN/China Daily

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...