Tribunal mula pertimbang keputusan pembunuhan Hariri

LEIDSCHENDAM, BELANDA, 18 OGOS – Terdapat cukup bukti untuk mengaitkan dua dua anggota gerakan Syiah Hizbullah dengan telefon bimbit yang didakwa terlibat dalam pembunuhan bekas PM Lubnan, Rafik Hariri pada tahun 2005, kata hakim antarabangsa pada hari ini ketika mereka membacakan keputusan di mahkamah yang di-sokong PBB.

Para hakim di Mahkamah Pengadilan Khas untuk Lubnan, bagaimanapun, mengatakan bahawa tidak ada bukti yang cukup untuk menyabitkan dua suspek lain ke rangkaian telefon bimbit yang menurut pendakwa digunakan untuk merancang pengeboman bunuh diri di Beirut yang membunuh jutawan Sunni itu.

Hakim juga mengatakan tidak ada bukti untuk mengaitkan Syria secara langsung – yang pasukan tenteranya mengawal Lubnan atau kepimpinan Hizbullah dengan serangan itu.

Keputusan muktamad akan diumumkan kemudian di mahkamah di luar Den Haag di Belanda, di mana keempat-empat anggota Hizbullah yang didakwa sedang diadili tanpa menghadirkan diri.

Pengeboman yang mengorbankan Hariri dan 21 orang lain mengubah Timur Tengah, mencetuskan tunjuk perasaan besar-besaran yang mengusir pasukan Syria keluar dari Lubnan setelah tiga dekad.

Perbicaraan bermula dengan tafakur seminit bagi menghormati mangsa letupan dahsyat yang menghancurkan Beirut dua minggu lalu, mengorbankan 177 orang. – AFP

Sesi perbicaraan pengadilan untuk Lebanon (STL) yang disokong PBB di Leidschendam hari ini, untuk menjatuhkan keputusan mengenai pembunuhan bekas perdana menteri Lubnan, Rafik Hariri pada tahun 2005. – AFP