Tuesday, April 22, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Trofi Indian Wells milik Vesnina

    INDIAN WELLS, Amerika Syarikat, 20 Mac – Elena Vesnina mengakhiri kempen Indian Wells dengan kemenangan 6-7 (6/8), 7-5, 6-4 ke atas rakan senegara Rusia, Svetlana Kuznetsova semalam.

    Bermain dalam pusingan final pertamanya pada peringkat elit Premier Mandatory, pemain nombor 15 Vesnina bertarung selama tiga jam dan satu minit untuk menewaskan pemain pilihan kelapan Kuznetsova, juara Grand Slam dua kali.

    Kemenangan diperoleh setahun selepas Vesnina, 30, gagal melayakkan diri dalam pusingan pertama di Indian Wells dan mengakhiri kejohanan yang melihatnya mengalahkan bakal pemain nombor satu Jerman Angelique Kerber dan juara Grand Slam tujuh kali Venus Williams.

    Bagi Kuznetsova, ia adalah kekecewaan ketiga dalam final di Indian Wells, kali ini dicatat satu dekad selepas dia tewas dalam final pada 2007 dan 2008.

    Elena Vesnina bergambar memegang trofi kejuaraannya selepas menewaskan rakan senegaranya, Svetlana Kuznetsova. – AP
    Elena Vesnina bergambar memegang trofi kejuaraannya selepas menewaskan rakan senegaranya, Svetlana Kuznetsova. – AP

    Set ketiga, seperti dua set pertama, memaparkan ‘break’ servis yang menyaksikan Kuznetsova mendahului 4-2 sebelum Vesnina mematah servis untuk 4-3 dan seterusnya memenangi perlawanan kesembilan di mana Kuznetsova menyelamat empat mata penamat sebelum Vesnina mengubah mata kelimanya dengan servis hebat.

    Setelah mematahkan satu pukulan depan pada mata penamat pertama, dia mencatat kemenangan apabila servis Kuznetsova adalah jauh.

    Kemenangan tersebut meneruskan kebangkitan Vesnina pada tahun lalu. Dia memasuki pusingan separuh akhir di Wimbledon pada 2016 dan tidak asing dalam acara beregu, di mana dia memenangi pingat emas Olimpik di Rio de Janeiro. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda