Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Trofi Liga Europa dalam genggaman Frankfurt

    SEVILLE, SEPANYOL, 19 MEI – Eintracht Frankfurt berjaya menewaskan Rangers 5-4 menerusi penentuan penalti untuk memenangi Liga Europa kelmarin selepas kedua-dua pasukan terikat seri 1-1 setelah masa tambahan pada aksi final di Seville.

    Aaron Ramsey terlepas peluang buat Rangers dalam sepakan penalti selepas dimasukkan daripada bangku simpanan tiga minit sebelum masa tambahan tamat, sebelum Rafael Borre merembat gol kemenangan untuk melengkapkan kemenangan bergaya Frankfurt.

    Borre menjadi wira dalam perlawanan malam itu, selepas menyamakan gol pembukaan dari Joe Aribo untuk Rangers ketika Frankfurt memenangi trofi Eropah pertama mereka sejak 1980 dan menempah tempat ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara musim depan.

    Frankfurt telah pun menewaskan Real Betis, Barcelona dan West Ham United dalam perjalanan ke final dan mereka mungkin layak menang apabila menampilkan persembahan yang menarik sepanjang saingan tersebut.

    Dengan kapasiti hanya di bawah 43,000 penyokong, Stadium Sevilla Ramon Sanchez Pizjuan tidak cukup besar untuk menempatkan semua peminat yang datang.

    Rangers membawa lebih daripada 100,000 manakala sekitar 60,000 mengikuti Frankfurt ke Sepanyol. Ia adalah pembukaan 15 minit yang sukar apabila Joe Aribo meledakkan gol selepas putaran kemas oleh Scott Wright sebelum John Lundstram melibas kasut lalu mengenai kepala Sebastian Rode, mengakibatkan kapten Frankfurt itu cedera di kepala dan baju yang berlumuran darah. – AFP

    Reaksi pemain Eintracht Frankfurt memenangi trofi kejayaan selepas memenangi perlawanan akhir Liga Europa UEFA kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...