Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Trofi Piala Dunia tiba

    DOHA, 14 NOV – Trofi Piala Dunia FIFA tiba di Doha kelmarin pada penghujung jelajah globalnya yang merangkumi lebih 50 negara dan wilayah, beberapa hari sebelum bermulanya Piala Dunia FIFA Qatar 2022 , lapor Agensi Berita Qatar (QNA).

    Jelajah global trofi Piala Dunia bermula di Dubai, UAE pada Mei dan menjelajah semua negara yang mengambil bahagian dalam Piala Dunia FIFA Qatar 2022 termasuk negara lain, dan tradisi itu pertama kali dianjurkan pada 2006.

    Jelajah promosi itu memberi peluang kepada peminat untuk menyaksikan trofi sebenar kejuaraan dengan 32 pasukan bertanding merebut gelaran juara bermula Ahad depan.

    Pasukan yang menang akan dinobatkan gelaran juara di Stadium Lusail pada 18 Disember, yang juga Hari Kebangsaan Qatar.

    Trofi Piala Dunia FIFA sebenar akan kekal di bawah seliaan Jawatankuasa Tertinggi bagi Penghantaran dan Warisan (SC) dan FIFA sehingga perlawanan akhir Piala Dunia FIFA Qatar 2022, sebelum diserahkan kepada pasukan yang memenangi kejuaraan. Mengikut peraturan FIFA, hanya bekas juara dan ketua negara berhak menyentuh piala itu, dan disimpan sementara oleh pasukan yang menang.

    Kemudian, pemenang akan menerima trofi lain bersalut emas khas yang mengandungi ukiran bendera kejohanan, negara tuan rumah berserta nama pasukan yang menjuarai pertandingan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...