Trofi TdF Geraint Thomas dicuri

LONDON, 10 Okt – Trofi Tour de France (TdF) Geraint Thomas (gambar bawah) telah dicuri ketika dipamerkan dalam satu pertunjukan basikal, kata Team Sky hari ini.

Sky mempamerkan kesemua tiga trofi Grand Tour yang dimenangi oleh Thomas dan rakan sepasukan British Chris Froome antara September tahun lepas dan Julai 2018 dalam pelbagai kejohanan di Britain.

Trofi itu dipinjamkan kepada pembekal basikal Pinarello untuk pertunjukan basikal yang diadakan di Birmingham pada hujung minggu bulan September yang lalu.

Sky berkata trofi itu dicuri selepas ditinggalkan tanpa pengawasan ketika orang ramai datang berkunjung pada penghujung acara berkenaan.

Kes sedang dalam siasatan polis.

“Adalah sangat malang perkara ini berlaku,” kata Thomas. “Nilai trofi itu edisi terhad kepada sesiapa yang mengambilnya tetapi amat bermakna kepada saya dan pasukan. – AFP