Wednesday, April 17, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Trofi Terbuka Kanada kini milik McIlroy

    TORONTO, KANADA, 13 JUN – Rory McIlroy mengakui bahawa menyambar gelaran juara Jelajah PGA daripada Greg Norman menjadi pendorongnya untuk memenangi pertandingan di Terbuka Kanada, kelmarin.

    McIlroy menambah kemenangan Jelajah PGA ke-21 ke dalam kerjayanya dengan menamatkan pusingan akhir penuh bergaya di Toronto, mencatat lapan-bawah-par 62 dengan dua pukulan kemenangan.

    Kemenangan itu diraih pada penghujung minggu yang penuh dengan detik-detik bersejarah dalam dunia golf, berikutan dengan kekecohan selepas perasmian Siri Golf LIV yang disokong pemain veteran, Norman.

    McIlroy yang berkongsi rekod 20 kemenangan Jelajah PGA dengan Norman dalam acara minggu ini di Kanada, mengatakan bahawa menjadi juara adalah lebih baik daripada mengatasi jumlah kemenangan Norman, di mana ia lebih memuaskan.

    “Saya memperoleh motivasi lebih dengan apa yang berlaku di padang,” kata McIlroy. “Pemain itu memiliki 20 kemenangan dalam Jelajah PGA dan saya terikat dengannya serta saya ingin mengatasinya, saya telah berjaya melakukannya.

    Liz Hoffman (kiri) dan Rory McIlroy (kanan) semasa bergambar dengan trofi selepas McIlroy memenangi Terbuka Kanada RBC di Padang Golf St George. – AFP

    “Jadi, ia adalah sesuatu yang bagus bagi saya, hanya berasa sedikit bangga dengan pencapaian itu,” tambah McIlroy. Dia juga tidak menyebut nama Norman secara langsung.

    McIlroy meledakkan 10 pukulan birdie semasa perlawanan kelmarin untuk mempertahankan gelaran juara yang diraihnya pada 2019.

    Bintang pemain Ireland itu juga terselamat dari detik-detik cemas, menamatkan pukulan dengan birdie pada lubang ke-17 dan ke-18 untuk merangkul kemenangan dengan 19-bawah-par 261 secara keseluruhan.

    Sementara itu, Tony Finau dari Amerika Syarikat, memulakan pertan-dingan tersebut dengan berkongsi pendahuluan, mencatat birdie keenamnya pada lubang ke-18 untuk memperoleh enam-bawah-par 64 yang meletakkan di kedudukan kedua tanpa perkongsian dengan pemain lain dengan 263 pukulan secara keseluruhan – satu pukulan mendahului Justin Thomas.

    Thomas berkongsi pendahuluan de-ngan baki dua pukulan, tetapi menamatkan bogey berkali-kali dengan 64 pukulan untuk mencatat 265 pukulan secara keseluruhan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...