OTTAWA, 29 Jan – Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau mengalu-alukan para penghijrah Kanada semalam dalam mesej melalui Twitter yang jelas berbeza dengan arahan sementara Donald Trump yang menegah semua orang pelarian dan kebanyakan orang Islam yang pergi ke Amerika Syarikat.
“Kepada mereka yang lari dari penganiayaan, keganasan atau perang, rakyat Kanada akan menerima kamu, tanpa mengira kepercayaan kamu. Kepelbagaian adalah kekuatan kami “#WelcomeToCanada,” Trudeau menyatakan di Twitter.
Sambutan Trudeau itu dinyatakan sehari selepas Trump menandatangani arahan eksekutif bagi menggantung kedatangan pelarian untuk sekurang-kurangnya 120 hari dan melaksanakan kawalan ketat terhadap pengunjung dari Iran, Iraq, Libya, Somalia, Syria dan Yaman bagi tempoh tiga bulan akan datang.
Sejak itu, pelawat dari negara berkenaan dilarang menaiki pesawat ke AS, sekali gus mencetuskan tunjuk perasaan dan penahanan di banyak lapangan terbang. Mereka sudah dalam perjalanan ketika Trump menandatangani arahan berkenaan, ditahan sejurus tiba ke AS, lapor The New York Times.

Namun seorang hakim persekutuan menyekat sebahagian tegahan imigresen sementara Republikan semalam, dengan mengarahkan pihak berkuasa supaya berhenti menghantar pulang orang pelarian dan pelancong lain yang terkandas di lapangan terbang AS.
Selepas bercakap dengan Washington, lewat semalam para pegawai Kanada berkata warga-warga Kanada termasuklah mereka yang mempunyai dua kewarganegaraan, tidak akan termasuk dalam pengetatan Trump.
“Kami telah meyakinkan bahawa warga-warga negara Kanada yang membuat perjalanan menggunakan pasport Kanada akan dilayan dengan proses biasa,” menurut jurucakap Trudeau, Kate Purchase. – AFP