Trudeau lahirkan kesedihan

OTTAWA, 2 Jan – Seorang wanita Kanada adalah antara 39 orang yang terbunuh semasa insiden penembakan pada Tahun Baru di sebuah kelab malam di Istanbul, Perdana Menteri Justin Trudeau mengesahkan kelmarin.

“Ia adalah sangat menyedihkan terhadap serangan maut pengganas ke atas sebuah kelab malam di Istanbul yang membunuh dan mencederakan orang yang tidak bersalah ketika mereka meraikan Tahun Baru dan meragut nyawa seorang warganegara Kanada,” kata Trudeau dalam satu kenyataan, merujuk kepada serangan ke atas kelab Reina yang mewah.

“Kita juga bersedih dengan kehilangan yang tidak masuk akal seorang warga Kanada dan tetap teguh dalam tekad untuk bekerja dengan sekutu dan rakan-rakan untuk memerangi keganasan dan membawa penjenayah tersebut ke muka pengadilan.”

Orang ramai meletakkan bunga di hadapan kelab malam Reina kelmarin, sehari selepas seorang lelaki bersenjata membunuh 39 orang di kelab malam Reina. Trudeau memberi ucapan takziah kepada keluarga dan rakan-rakan semua mangsa dalam insiden itu. – AFP
Orang ramai meletakkan bunga di hadapan kelab malam Reina kelmarin, sehari selepas seorang lelaki bersenjata membunuh 39 orang di kelab malam Reina. Trudeau memberi ucapan takziah kepada keluarga dan rakan-rakan semua mangsa dalam insiden itu. – AFP

Trudeau memberi ucapan takziah kepada keluarga dan rakan-rakan semua mangsa dalam insiden itu, dan kami berharap dan berdoa agar mereka yang cedera cepat sembuh dan kembali seperti biasa, tambah beliau. Beberapa warga asing adalah antara mangsa-mangsa pembunuhan beramai-ramai, yang terbaru dalam siri serangan maut yang melanda negara itu.

“Kami berkabung dengan rakyat Turki hari ini dan dengan semua negara yang kehilangan warga dalam serangan ganas ini,” kata Trudeau.

Polis Turki telah melancarkan gerakan memburu lelaki bersenjata yang melepaskan tembakan ke atas kelab yang sesak dengan 700-800 orang. – AFP