Trudeau pakai rompi kalis peluru

MONTREAL, 13 OKT – Pemimpin Kanada Justin Trudeau memakai rompi kalis peluru dan dikawal ketat ketika kempen pilihan raya setelah menerima ancaman keselamatan, beritahu sumber kepada penyiar negara.

Trudeau memakai baju besi di bawah kemeja dan jaketnya, gambar daripada acara menunjukkan, apabila beliau muncul satu setengah jam lewat pada pertemuan di pinggir bandar ibu negara Toronto semalam.

Beliau biasanya tidak memakai jaket ketika berkempen. Tatkala Trudeau meninggalkan pentas untuk bersalam dengan penyokong, beliau dikelilingi pegawai keselamatan, ada di antara mereka membawa beg galas, gambar menunjukkan. Mereka hadir disebabkan ‘satu ancaman keselamatan,’ penyiar negara CBC memetik sumber daripada parti Trudeau sebagai berkata. Kumpulan kempen perdana menteri enggan memberi komen, kata saluran media. Isterinya, Sophie Gregoire Trudeau, dijangka naik ke pentas untuk memperkenalkan beliau namun tidak muncul, kata media temptan.

Semasa kempen pilihan raya, Polis Diraja Kanada mencatat rekod harian pesanan benci internet yang menyasarkan pemimpin politik, bimbang kemungkinan berlakunya tindakan ganas, lapor CBS. – AFP