Trudeau terjerumus dalam krisis paip minyak

MONTREAL, 15 April – Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau kini berdepan dengan krisis politik mengenai mengembangkan saluran paip minyak yang menggoyahkan keyakinan pelaburan di negara yang mementingkan sektor tenaga.

Pertikaian tercetus antara dua buah wilayah apabila Alberta yang kaya dengan minyak memboikot perdagangan dengan British Columbia atas tentangan mengenai saluran paip itu.

Pemimpin Alberta Rachel Notley telah memberi amaran mengenai risiko yang boleh mencetuskan krisis perlembagaan dan Trudeau mengurangkan masa jelajah untuk kembali tanah air dan menjadi orang tengah.

Dengan pilihan raya yang berlangsung pada Oktober 2019, Turdeau memerlukan sokongan daripada pengundi British Columbia untuk memenangi penggal kedua sebagai pemimpin salah sebuah negara pengeluar minyak dunia.

Kerja-kerja mengembangkan saluran paip Trans Mountain baru-baru ini di Burnaby, British Columbia. Justin Trudeau kini berdepan dengan krisis politik mengenai mengembangkan saluran paip minyak sekali gus menimbulkan ketidakyakinan pelaburan di negara itu. – AP

Tetapi ekonomi akan terjejas jika saluran paip itu tidak dibina dan akan memberi impak yang teruk semasa undian nanti dan Trudeau memerlukan Alberta untuk bekerjasama bagi mencapai komitmen iklim antarabangsa.

Pentadbiran Liberal Trudeau pada 2016 telah mempersetujui perjanjian perdagangan saluran paip Trans Mountain yang berkapasiti memindahkan 890,000 tong minyak sehari dari Alberta ke pantai Pasifik untuk penghantaran ke pasaran luar.

Walau bagaimanapun, ia berdepan tentangan hebat daripada kumpulan-kumpulan penduduk asli dan alam sekitar yang menyatakan kebimbangan mengenai risiko tumpahan minyak di barat pantai Kanada yang memberi kesan kepada pelancongan dan perikanan.

Hampir 200 pembantah telah ditahan bulan lepas. – AFP