Trump ampun 73 individu

WASHINGTON, 20 JAN – Presiden Amerika Syarikat (AS), DonaldTrump, hari ini mengampunkan 73 orang termasuk bekas pembantunya, Steven Bannon dan sekutunya yang lain, beberapa jam sebelum melepaskan jawatan.

“Presiden Donald Trump memberi pengampunan kepada 73 individu dan menggantikan hukuman lebih ringan bagi 70 orang lagi,” menurut Rumah Putih dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, presiden termasuk anak-anaknya tiada dalam senarai pengampunan itu, seperti mana yang dituntut dalam tradisi peralihan kuasa di Rumah Putih.

Rayuan belas kasihan Bannon yang dituduh menipu orang bagi mengumpul dana untuk membina tembok di sempadan Mexico, yang pernah menjadi kemegahan dalam dasar luar Trump, diberi pertimbangan.

“Bannon menjadi pemimpin penting dalam gerakan konservatif dan terkenal dengan kepintaran politiknya,” menurut kenyataan itu lagi. Media tempatan pada awalnya melaporkan bahawa presiden membuat keputusan saat akhir selepas bercakap dengan Bannon menerusi panggilan telefon.

Bekas pengumpul dana Trump, Elliot Broidy, turut tersenarai sebagai individu yang diberi pengampunan, selepas mengaku bersalah tahun lalu kerana bersubahat melanggar undang-undang melobi sumbangan asing.

Penyanyi rap, Lil Wayne, yang pada bulan lalu mengaku bersalah memiliki senjata api dan peluru serta disabit kesalahan, seterusnya menghadapi hukuman penjara 10 tahun, turut tersenarai. – AFP

Presiden AS Donald Trump melambai ketika beliau menaiki Marine One di Rumah Putih di Washington kelmarin. – AFP