Wednesday, May 14, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Trump ancam kenakan tarif ke atas China

    WASHINGTON, 1 MEI – Presiden AmerikaSyarikat (AS), Donald Trump kelmarin mengancam China dengan tarif yang baharu ketika beliau meningkatkan tekanan ke atas Beijing terhadap krisis koronavirus, berkata beliau melihat terdapat bukti yang mengaitkan makmal Wuhan dengan penularan virus.

    Kritikan itu datang selepas data menunjukkan Amerika Syarikat (AS) telah melepaskan lebih 30 juta pekerjaan dalam enam minggu, ketika langkah-langkah perintah berkurung mulai diarahkan di seluruh negara.

    Kesuraman ekonomi terbesar di dunia itu berdepan dengan kesukaran, di mana para pakar memberi amaran mengenai bencana kewangan yang belum pernah terjadi sebelumnya di Eropah.

    Ketika ditanya apakah beliau telah melihat sesuatu yang memberikan keyakinan tinggi kepadanya bahawa Institusi Virologi Wuhan adalah sumber wabak itu, Trump menjawab, “Ya, memang.”

    Didesak dengan soalan daripada wartawan di Rumah Putih secara lebih terperinci mengenai apa yang membuatkan beliau yakin, Trump berkata: “Saya tidak boleh mendedahkan kepada anda.”

    Trump meningkatkan tekanan ke atas Beijing sebagai satu isu besar dalam kempen pemilihan presiden pada bulan November.

    Apabila ditanya mengenai laporan bahawa dia boleh membatalkan pembayaran hutang AS kepada China, Trump mengatakan dia dapat ‘melakukannya dengan cara yang berbeza’ dan bertindak ‘dengan lebih tepat sedikit.”

    “Saya boleh melakukan perkara yang sama walaupun dengan lebih daripada itu, hanya dengan mengenakan tarif,” katanya.

    Meskipun perdamaian perang perdagangan dalam jangka panjang di antara Washington dan Beijing telah dicapai pada bulan Januari, tarif-tarif telah dijalankan ke atas dua per tiga barang dagangan antara kuasa ekonomi itu.

    Pasaran Eropah dan AS ditutup dengan kadar negatif, tatkala sejumlah angka mengesahkan kebimbangan mengenai bagaimana krisis COVID-19 memacu pertumbuhan global.- AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda