Tuesday, October 15, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Trump berdepan dakwaan baru

    WASHINGTON, 12 Jun – Pegawai-pegawai di Maryland dan ibu negara Amerika Syarikat (AS), Washington akan mendakwa Presiden Donald Trump kerana menerima pembayaran dan manfaat dari kerajaan asing menerusi empayar perniagaannya, kata laporan berita malam semalam.

    Tuntutan itu didedahkan hari ini yang menumpukan ke atas apa yang digelar klausa emolumen, yang melarang pegawai-pegawai AS daripada menerima hadiah atau faedah lain dari kerajaan asing.

    Sebuah badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memusat ke atas isu-isu etika memfailkan tuntutan sama pada Januari lalu. Tetapi ini adalah yang pertama dilakukan oleh entiti kerajaan.

    Tuntutan undang-undang itu menambah kesukaran Trump ketika dia berdepan dengan penyiasatan kongres dan pendakwa khas dalam kempennya yang didakwa mempunyai hubungan bersama Rusia, yang dikatakan agensi-agensi perisikan AS ada campur tangan agresif dalam pilihan raya 2016 untuk mempertahankan kemenangan Trump.

    Sejak mendapat kuasa pada Januari lalu, Trump telah menukar kawalan harian terhadap empayar hartanahnya dan aset lain kepada anak lelaki sulungnya, tetapi tidak menjualnya seperti yang dikatakan kebanyakan di AS dia seharusnya mengelak konflik kepentingan.

    Presiden Donald Trump bercakap semasa sidang berita di Rose Garden di Rumah Putih pada 9 Jun 2017 di Washington. – AP
    Presiden Donald Trump bercakap semasa sidang berita di Rose Garden di Rumah Putih pada 9 Jun 2017 di Washington. – AP

    Tuntutan undang-undang itu difailkan hari ini oleh peguam negara Maryland dan Washington di Mahkamah Daerah AS bagi Daerah Maryland, lapor Washington Post.

    Peguam Negara Maryland, Brian Frosh berkata kes itu adalah mengenai kegagalan Trump untuk mengasingkan kepentingan peribadinya daripada tugasan jawatan presidennya.

    Frosh memberitahu Post bahawa klausa emolumen memberikan mandat bahawa “presiden mengutamakan negara terlebih dahulu dan bukan kepentingan peribadinya.”

    Kes utama dalam pertikaian adalah hotel yang dirasmikan Trump pada tahun lepas dengan pajakan besar, bangunan yang digunakan menjadi pejabat pos pusat, hanya berseberangan dari Rumah Putih.

    Di samping isu tegahan pembayaran asing, Maryland dan Washington mengadu bahawa kehadiran hotel Trump menjejaskan hotel-hotel yang bersaing dalam kuasa mereka. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda