Wednesday, November 13, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Trump beri amaran kepada Korea U

    WASHINGTON, 9 Ogos – Presiden Donald Trump mengeluarkan amaran keras ke atas Korea Utara semalam, dengan mengatakan ia berdepan ‘api dan kemarahan’ berhubung program senjatanya ketika Pyongyang berkata ia sedang menimbangkan peluru berpandu dekat wilayah AS, Guam.

    Ulasan Trump itu menandakan kehebatan retorik Washington berhubung program peluru berpandu dan nuklear Korea Utara yang menyaksikan set ketujuh sekatan PBB yang dikenakan ke atasnya pada hujung minggu lalu.

    Kenyataan itu juga nampaknya mengulangi ancaman kerap Pyongyang sendiri, terbaru diulangi Isnin lalu, untuk merubah Seoul menjadi ‘lautan api’.

    “Korea Utara adalah baik tidak membuat lagi sebarang ancaman ke atas AS,” kata Trump yang bercakap dari kelab golf beliau di New Jersey. “Ancaman itu akan berdepan dengan api dan kemarahan seperti yang tidak pernah dilihat oleh dunia..”

    Nada Trump terutamanya berbeza dengan jaminan Setiausaha Negara Rex Tillerson minggu lalu bahawa Washington tidak berusaha bagi perubahan rejim di Pyongyang.

    Trump ketika memberi amaran tersebut. – AFP
    Trump ketika memberi amaran tersebut. – AFP

    Korea Utara menambah risiko beberapa jam kemudian, dengan mengatakan ia sedang menimbangkan serangan peluru berpandu dekat pangkalan tentera strategik AS di pulau Pasifik, Guam.

    Sebaik muktamad, rancangan itu boleh dilaksanakan pada bila-bila masa sebaik saja pemimpin Kim Jong-Un membuat keputusan, Agensi rasmi berita, Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) memetik kenyataan tentera.

    Pulau terpencil, Guam adalah pangkalan luar penting tentera AS dan menempatkan kira-kira 6,000 orang tentera AS di pangkalan yang termasuklah di Pangkalan Pasukan Tentera Udara Anderson dan juga Pangkalan Laut Guam.

    Pengebom-pengebom US BI-B yang berpangkalan Guam terbang di ruang udara semenanjung Korea semalam, yang menurut KCNA “membuktikan bahawa imperial AS gila perang nuklear.”

    Sebelum itu, Washington Post memetik analisis Agensi Risikan Pertahanan sebagai berkata para pegawai berpendapat Korea Utara kini memiliki ‘senjata nuklear bagi penghantaran balistik” termasuklah dalam peluru berpandu balistik antara benuanya (ICBM) yang menjadikannya ancaman berpotensi ke atas jiran-jiran dan kemungkinan AS.

    Pentagon tidak mengulas tentang kisah itu, tetapi Post melaporkan dua orang pegawai As yang mengetahui tentang analisis itu mengesahkan kesimpulan meluas tentang penilaian itu dan CNN melaporkan ia telah mengesahkan laporan itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda