Wednesday, December 4, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Trump beri Musk jawatan dalam ‘kecekapan’ kerajaan baharu

    WASHINGTON, 13 NOV – Donald Trump mengumumkan kelmarin bahawa orang terkaya di dunia, Elon Musk, akan mengetuai kumpulan kecekapan kerajaan AS baharu dengan tugasan untuk mengurangkan sisa persekutuan.

    Musk menjadi sekutu utama Trump semasa kempennya, dilaporkan membelanjakan lebih AS$100 juta untuk membantunya menang dan berulang kali meningkatkan pencalonan Trump di platform miliknya, X.

    Seorang lagi sekutu, ahli perniagaan Vivek Ramaswamy turut dilantik bersama Musk untuk memimpin ‘Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE)’.

    “Bersama-sama, kedua-dua rakyat Amerika yang hebat ini akan membuka jalan kepada pentadbiran saya untuk membongkar Birokrasi Kerajaan, mengurangkan lebihan peraturan, mengurangkan perbelanjaan yang membazir dan menyusun semula Agensi Persekutuan,” kata Trump dalam satu kenyataan.

    Beliau berkata jabatan itu “akan memberikan nasihat dan bimbingan daripada luar Kerajaan,” satu langkah yang membolehkan Musk mengelak daripada mendedahkan pegangan kewangannya.

    Dalam satu hantaran di X, Musk berkata tindakan jabatan itu akan diterbitkan dalam talian, “untuk ketelusan maksimum” dan akan memaparkan, “carta untuk perbelanjaan yang paling bodoh dari cukai awda. “

    “Ini akan menjadi sangat tragis dan sangat menghiburkan,” tulis Musk.

    Trump, 78, bersedia untuk kembali bertugas dengan penuh kejayaan ke Washington pada hari ini bertemu Presiden Joe Biden di Pejabat Oval. – AFP

    Elon Musk bercakap semasa kempen Trump di Madison Square Garden di New York, 27 Oktober. Beliau dilantik memimpin kumpulan kecekapan kerajaan AS baharu Trump. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda