Trump berlindung dalam bunker semasa rusuhan

WASHINGTON, 1 JUN – Ejen Perkhidmatan Rahsia membawa Presiden Donald Trump ke bunker Rumah Putih pada malam Jumaat tatkala ratusan pembantah berkumpul di luar rumah eksekutif, ada di antara mereka melontar batu pada sekatan polis.

Trump menghabiskan hampir satu jam dalam bunker, yang direka untuk digunakan dalam kecemasan seperti serangan pengganas, menurut seorang Republikan yang rapat dengan Rumah Putih yang tidak dibenarkan membincangkan isu peribadi dan

bercakap dengan syarat namanya tidak disiarkan. Kisah itu disahkan oleh seorang pegawai pentadbiran yang juga bercakap dengan syarat namanya tidak disiarkan.

Keputusan mendadak oleh ejen menekankan suasana gelisah dalam Rumah Putih, di mana laungan pembantah di Taman Lafayette boleh kedengaran pada hujung

minggu tatkala ejen Perkhidmatan Rahsia dan pegawai penguat kuasa undang-undang bergelut untuk mengawal orang awam.

Polis membentuk barisan di Jalan H ketika penunjuk perasaan berkumpul untuk membantah kematian George Floyd berhampiran Rumah Putih di Washington kelmarin. – AP

Bantahan pada Jumaat dicetuskan oleh kematian George Floyd, seorang lelaki kulit hitam yang meninggal dunia selepas lehernya ditekan menggunakan lutut oleh seorang pegawai polis kulit putih Minneapolis.

Tunjuk perasaan di Washington bertukar menjadi ganas dan mengejutkan para pegawai.

Mereka mencetuskan langkah was-was yang tinggi di kompleks Rumah Putih sejak serangan pada 11 September 2001.

Presiden dan keluarganya terkejut dengan jumlah pembantah, menurut Republikan.

Masih tidak jelas sama ada wanita pertama Melania Trump dan anak lelaki mereka berusia 14 tahun, Barron, menyertai presiden dalam bunker.

Protokol Perkhidmatan Rahsia akan mewajibkan kesemua mereka di bawah perlindungan agensi mendapatkan perlindungan di bawah tanah itu. – AP