BEIJING, 14 Ogos – Surat khabar kerajaan China hari ini memberi amaran bahawa Presiden Donald Trump ‘boleh mencetuskan perang perdagangan’ jika beliau meneruskan rancangan untuk melancarkan siasatan sama ada China mencuri teknologi AS.
Dalam komentar seorang penyelidik dari kumpulan pemikir Kementerian Perdagangan, China Daily melaporkan keputusan Trump untuk kemungkinan melancarkan siasatan, yang menurut seorang pegawai akan beliau umumkan hari ini, mungkin ‘menambah lagi ketegangan,” terutamanya berhubung harta intelek.
Pegawai itu memberitahu para pemberita Sabtu lalu bahawa presiden akan mengarahkan pejabat perdagangannya untuk menyiasat sama ada untuk melancarkan siasatan di bawah Seksyen 301 Akta Perdagangan 1974 tentang kemungkinan pencurian teknologi dan harta intelek AS oleh China.
Kerajaan China belum lagi mengulas tentang pengumuman itu.
Keputusan untuk menggunakan Akta Perdagangan untuk mengimbangi semula perdagangan dengan China ‘boleh mencetuskan perang perdagangan,” menurut komentar di bawah nama seorang penyelidik, Mei Xinyu dari Institusi Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan Antarabangsa kementerian itu.

“Dan penyiasatan yang diarahkan oleh pentadbiran AS ke atas dasar-dasar perdagangan AS, jika dijalankan, boleh menambah lagi ketegangan, terutamanya berhubung hak harta intelek.
“Komentar itu tidak menyatakan bagaimana mungkin Beijing memberi respons tetapi undang-undang China memberikan pihak pengawal atur kebebasan meluas berhubung apa yang boleh dilakukan oleh syarikat-syarikat asing di China.
Jika penyiasatan bermula, Washington mungkin berusaha mendapatkan cara sama ada menerusi Pertubuhan Perdagangan Sedunia atau di luarnya.
Tindakan lalu AS yang ditujukan ke aras China di bawah undang-undang 1974 kurang memberi kesan, menurut China Daily. Ia menyatakan China semakin menjadi pengeksport terbesar dan mempunyai simpanan tukaran asing terbesar di dunia.
Lapor akhbar itu lagi “Penggunaan Seksyen 301 oleh AS tidak akan memberi impak banyak ke atas kemajuan China ke arah perkembangan ekonomi yang lebih mantap dan masa depan yang lebih baik.” – AP